NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sikap liberal PH didominasi DAP buat segelintir rakyat biadab?




Oleh Siti Fatimah Ishak 

BANGI, 27 Jamadilakhir 1440H, Isnin – "Sebagai 'damage control', Pakatan Harapan dakwa Barisan Nasional menang kerana politik perkauman dan agama. Kenapa kerjasama UMNO-PAS dianggap perkauman?

"Kenapa sokongan tinggi kaum Cina kepada calon PH tidak dianggap perkauman? Kalau isu menghina Rasulullah ļ·ŗ dan Islam menjadi bahan kempen di Semenyih, itu menjadi tanggungjawab UMNO-PAS membelanya."

Demikian tegas bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi, dipercayai mengulas dakwaan kononnya kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih disebabkan sentimen perkauman.

Bagaimanapun, Puad mengakui serangan berterusan terhadap PAS berkaitan fitnah RM90 juta dan terbaharu cek RM1.4 juta, tetap gagal memecahkan kerjasama kedua-dua parti.

Apa yang penting katanya, 'wow factor' Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin merosot.

"Kehadiran mereka berdua di Semenyih gagal membantu kemenangan calon PH, Aiman Zainali. Sikap rakyat terhadap PH mula berubah daripada marah kepada benci.

"Di Cameron Highlands DAP dikalahkan, di Semenyih Bersatu dikalahkan dan Insya Allah di Rantau nanti giliran PKR pula dikalahkan," katanya di Facebook beliau, semalam.

Selain itu, Puad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, kejadian menghina Islam melalui media sosial dilihat berterusan dan semakin melampau.

Katanya, ketidaktegasan dan sikap liberal kerajaan PH yang didominasi oleh DAP mendorong segelintir orang menjadi biadab.

"Sepatutnya kerajaan PH yang bertanggungjawab kerana tidak tegas bertindak," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo