Semenyih Manifestasi Kemenangan Solidariti Pembangkang


oleh:Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Sabtu 2hb Mac 2019

Kemenangan di Semenyih adalah kemenangan solidariti pembangkang atas nama Islam dan Melayu. Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR gagal meyakinkan rakyat bahawa Islam dan Melayu selamat di bawah pentadbiran mereka. 

Kerajaan PH gagal menunjukkan mereka adalah pembela terhadap hak dan keadilan bagi Allahyarham Adib yang menjadi mangsa keganasan dan kekecohan. Orang Melayu Islam sangat tersentuh dengan isu ini. 

Penghinaan terhadap Nabi yang semakin berleluasa akhiran ini juga menjadi pemangkin untuk orang Melayu Islam bersatu menyampaikan mesej mereka kepada kerajaan PH. 

Sementelah DAP dan sebahagian besar PKR versi Anwar pula sememangnya mahu calon PPBM kalah di Semenyih sebagai satu signal kepada Tun M agar segera turun menyerahkan kuasa kepada Anwar. Kemarahan Anwar memuncak kepada PAS kerana memberikan solidariti kepada Tun Mahathir untuk kekal sebagai PM sekiranya ia menguntungkan Melayu dan Islam. Maka tidak pelik DAP dan PKR bekerja untuk membiarkan BN menang dengan menyerang PAS habis-habisan di ambang pengundian di Semenyih meskipun yang bertanding ialah BN. Serangan terhadap PAS akan menaikkan semangat ahli PAS bersolidariti dengan calon BN. Itulah hasrat DAP dan Anwar sebenarnya. 

Sememangnya serangan DAP dan PKR terhadap PAS berkait tuduhan 90 juta serta tohmahan jahat warga asing yang menjadi rakan sekutu mereka bagi merosakkan reputasi PAS menjadi penyumbang besar untuk ahli-ahli PAS turun mengundi dan bersolidariti dengan ahli-ahli UMNO.

Sokongan undi oleh bukan Islam yang semakin meningkat adalah petunjuk meningkatnya kesedaran bahawa DAP dan PKR telah melakukan tindakan-tindakan yang tidak membantu ke arah keharmonian bernegara yang didominasi oleh Melayu dan Islam.

Kredibiliti pimpinan PH berkait isu penipuan sijil dan kelayakan akademik sedikit sebanyak membantu kemenangan calon pembangkang. Helah nakal PH melibatkan janji menghapuskan tol yang diganti dengan caj kesesakan menimbulkan perasaan marah bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh pimpinan PH. 

Semenyih hanyalah permulaan. Perjalanan masih lagi jauh. Solidariti pembangkang mesti diperkukuhkan lagi dalam siri-siri PRK nanti sebagai persiapan PRU ke 15 bagi menumbangkan PH di peringkat Persekutuan.

Sekian


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2410456055631077&id=569086473101387
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget