NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rusuhan kuil: Pengurusan kes 18 April




PETALING JAYA, 29 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 18 April untuk pengurusan kes 18 individu yang didakwa berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, di sini, November tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan tarikh itu setelah pihak pendakwaan memaklumkan dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan masih belum lengkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Hezri Shahari dan Azlan Roni.

Terdahulu, penjamin kepada seorang tertuduh, Mohd Khairi Abd Rashid memberitahu mahkamah bahawa tertuduh itu tidak hadir pada sebutan kes hari ini kerana ditahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi membantu siasatan kes berasingan.

Sejak 4 Disember lalu, 18 individu didakwa membabitkan diri dalam rusuhan dengan memiliki senjata berbahaya untuk menyerang.

Mereka ialah Mohd Khairi, Mohd Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi, Muhd Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu, Nor Azmi Abdul Ghani, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, Rozaihan Jamaludin, Mohammad Shahril Danniel Sajel, Mohammad Saifullah Abdullah, Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Aziz, Mohd Norul Ismawi Islahuddin, Muhammad Qayyum Mohd Faisal dan M Manimaran.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 November tahun lalu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo