Rawat golongan LGBT dari sudut psikologi, kerohanian - Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM – Cara rasional dan terbaik untuk meghadapi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah dengan memberi rawatan dari sudut psikologi dan kerohanian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, rawatan itu penting agar golongan tersebut dapat dikembalikan semula kepada fitrah asal kejadian manusia yang normal.

“Mereka hendaklah diberi kaunseling yang khusus untuk memulihkan mereka daripada penyakit yang dialami.

“Mereka mesti disedarkan bahawa gaya hidup dan pembawaan mereka tidak akan membahagiakan mereka sendiri, malah akan mengheret mereka ke dalam kemelut kehidupan yang tidak berpenghujung,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penyokong golongan LGBT yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di ibu negara Jumaat lalu.

Beliau berkata, perarakan dan tuntutan peserta perhimpunan LGBT itu bertentangan dengan polisi kerajaan, bahkan bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, masyarakat Malaysia yang masih kuat berpegang kepada hukum-hukum agama dan nilai-nilai moral, tidak mungkin merestui amalan atau gaya hidup songsang tersebut.

“Di samping perjuangan golongan LGBT berbeza sama sekali dengan perjuangan wanita. Mereka memperjuangkan hak untuk melakukan penyelewengan daripada lunas-lunas kehidupan manusia normal.

“Justeru tuntutan-tuntutan mereka tidak perlu dilayani. Mereka samalah dengan orang gila yang menuntut hak yang sama dengan orang yang siuman! Jika dilayan kehendak orang gila bererti, kita mendedahkan masyarakat kepada bahaya tindak tanduk mereka yang tidak terkawal,” katanya. – Sinar Harian
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget