NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramli angkat sumpah, Ahli Parlimen Orang Asli pertama

KUALA LUMPUR: Selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari lalu, Ramli Mohd Nor hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen pertama dari kalangan komuniti Orang Asli itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau yang memakai sepersalinan baju Melayu hitam bersamping songket melafazkan sumpah itu dengan disaksikan oleh ahli-ahli Parlimen yang lain.

Pada PRK lalu, bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.

PRK diadakan hari ini selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam PRU14 terbatal dan tidak sah, apabila mendapati berlaku rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Sementara itu, Mohamad Ariff dalam ucapan mengalukan kehadiran Ramli menyifatkan kemenangan beliau satu sejarah buat Dewan Rakyat.

“Majlis angkat sumpah hari ini juga adakah titik sejarah bagi Dewan Rakyat kerana buat pertama kali Ahli Parlimen dari komuniti Orang Asli di Semenanjung dipilih rakyat melalui proses yang demokratik.

“Saya harap Yang Berhormat dapat memberikan sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo