NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Dun Rantau: PAS Sahkan bantu Tok Mat menang

1. PAS dengan ini mengesahkan akan memastikan Calon UMNO memenangi dan mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan yang akan diadakan pada 13 April 2019 nanti. Perkara ini merupakan „obligasi mandatori‟ PAS selaras dengan “Ta‟awun Siyasi” yang telah dimeteraikan oleh PAS dengan UMNO pada 5 Mac 2019 lalu.

2. PAS akan menggabungkan Jentera Pilihan Raya PAS di peringkat Kawasan Rembau dan Negeri Sembilan dengan Jentera Pilihan Raya UMNO bagi memastikan semua gerakerja kedua-dua Parti akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

3. PAS yakin UMNO yang akan mengekalkan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, sebagai calon akan terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat khususnya Pengundi DUN Rantau bagi mewakili mereka. Ini berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, bukan sahaja kepada rakyat DUN Rantau, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan.


Terima kasih.


DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 06 Mac 2019.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo