PH ditolak, cari formula baru bangkitkan sokongan rakyat – Kit Siang





oleh:Lim Kit Siang

Cabaran buat Pakatan Harapan selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih adalah untuk mencari formula bagi membangkitkan harapan dan sokongan di kalangan rakyat bahawa Pakatan Harapan komited terhadap agenda pembinaan Malaysia Baharu yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan generasi masa depan, tanpa perlu menjadi lebih UMNO dari UMNO atau lebih PAS dari PAS.

Tahun 2019 akan menjadi tahun terpenting dalam sejarah negara yang mana akan menentukan sama ada Malaysia Baharu yang mahu dibentuk gabungan Pakatan Harapan yang terdiri daripada Bersatu, PKR, Amanah dan DAP mampu digerakkan atau sekadar khayalan semata-mata.

Peristiwa 9 Mei 2018 menganugerahi semua rakyat Malaysia satu peluang yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini untuk membetulkan semula dasar pembinaan negara, dan walaupun Malaysia Baharu tidak boleh dibina atau dilengkapkan dalam tempoh 100 hari atau beberapa tahun, sebaliknya memerlukan tempoh sedekad dua untuk dicapai, rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan bahawa Pakatan Harapan komited dengan program dan objektif Malaysia Baharu malah menunjukkan kemajuan dalam pelaksanaan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Perjalanan menuju Malaysia Baharu harus berakar pada reformasi institusi dan struktur pada tahun 2019 bagi mengubah Malaysia daripada gelaran kleptokrasi global kepada negara peneraju integriti; memulihkan kedaulatan undang-undang; mengukuhkan demokrasi; melakukan reformasi ke atas sistem pendidikan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara terkemuka dunia; menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya dan memanfaatkan aset berbilang kaum, agama, budaya dan tamadun yang bertembung di Malaysia bagi membina sebuah tamadun global baharu.

Pembinaan negara yang bercirikan masyarakat majmuk bukanlah zero-sum game, sebaliknya formula menang-menang untuk semua rakyat Malaysia. Kita harus memperjuangkan hak orang Melayu tanpa meminggirkan orang bukan Melayu. Kita harus berjuang untuk hak orang Cina di Malaysia, tetapi bukan sehingga menjejaskan hak orang bukan Cina. Kita harus berjuang untuk hak orang India di Malaysia tanpa menjadi ancaman kepada orang bukan India di Malaysia. Begitu juga masyarakat Kadazan, Iban dan Orang Asli di Malaysia. – Roketkini.com

*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Selasa, 5 Mac 2019.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget