NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perantau Jadi Duta Pelancongan Terengganu



IPOH, 18 Februari - Anak Terengganu yang menetap di luar Terengganu akan dijadikan sebagai duta kecil pelancongan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk mempromosikan Terengganu ke seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, perantau akan diiktiraf sebagai duta pelancongan di setiap negeri yang mereka diami bertindkj sebagaiejen untuk memperkenalkan produk serta lokasi menarik di Terengganu .

“Kita akan lantik duta pelancongan, hari ni nak isytihar (akan) saudara-saudari sebagai duta pelancongan.


“Yang akan mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan Negeri Terengganu. Kita akan adakan pertemuan dan taklimat macam mana nak promosikan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak, di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas, Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Dr Zakri Othman serta Presiden PERANTAU Perak, Nuri Al-Amin.

Beliau turut berkata, majlis mengumumkan perantau Terengganu menjadi duta pelancongan di setiap negeri akan diadakan semasa sambutan Aidilfitri bersama perantau pada Jun nanti.

Ujarnya, mereka akan mewakili kerajaan negeri di setiap negeri yang mereka duduki.

“KIta akan adakan satu majlis rasmi untuk mengisytiharkan mereka sebagai duta.


“Majlis itu akan kita adakan bersama dengan majlis sambutan Aidilfitri bersama perantau,” tambahnya.

Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) Perak itu dihadiri kira-kira 100 orang.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo