Pelaku zina, homoseksual 
di Brunei 
direjam



SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan permulaan undang-undang. SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan permulaan undang-undang Syariah di Bandar Seri Begawan pada 2013. - AFP

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pelaku zina dan homoseksual di Brunei akan dikenakan hukuman direjam dengan batu sampai mati bermula minggu depan di bawah undang-undang Syariah yang tertangguh selama empat tahun susulan kritikan pelbagai pihak.

Seperti biasa, kumpulan hak asasi manusia memberikan maklum balas negatif terhadap langkah terbaharu negara yang kaya dengan hasil minyak itu, yang dikatakan mengamalkan undang-undang Islam paling ketat berbanding negara jiran, Malaysia dan Indonesia.

Negara itu akan melaksanakan Kanun Keseksaan baharu, yang juga menetapkan hukuman amputasi (potong) tangan dan kaki bagi kes curi, Rabu depan.

Homoseksual telah termaktub sebagai menyalahi undang-undang di Brunei dan sekarang menjadi kesalahan yang membawa kepada hukuman mati.

Undang-undang itu bagaimanapun hanya terpakai kepada orang Islam.

Penalti baharu untuk kecurian adalah potong tangan kanan untuk kesalahan pertama, dan kaki kiri untuk kesalahan kedua.

Amnesty International mendesak Brunei untuk menghentikan pelaksanaan hukuman baharu itu.

Satu notis daripada Jabatan Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember tahun lalu menjelaskan peruntukan hukuman baharu berkenaan akan berkuat kuasa pada 3 April ini.

Brunei pertama kali mengumumkan langkah-langkah perundangan Syariah pada 2013 tetapi pelaksanaannya telah ditangguhkan bagi membolehkan para pegawai pelaksana membuat butir-butir praktikal selain mendapat tentangan kumpulan hak asasi manusia.

Di bawah peralihan ke arah undang-undang Islam, Brunei pada 2015 mengharamkan perayaan Krismas kerana bimbang umat Islam di sana akan terpesong akidah.

Larangan yang diwartakan hanya khusus untuk mereka yang beragama Islam, selain larangan meraikan perayaan itu di tempat terbuka bagi mengelakkannya turut sama diraikan umat Islam. – AFP

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelaku-zina-homoseksual-8232-di-brunei-8232-direjam-1.871109#ixzz5jTrkJNyl


© Utusan Melayu (M) Bhd










Virus-free. www.avg.com
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget