NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kecam Serangan Tembakan Rambang Di New Zealand

KUALA TERENGGANU, 15 Mac - PAS mengecam tragedi kemanusiaan melibatkan serangan pelampau di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, yang turut mengorbankan nyawa saudara Islam yang tidak berdosa.

Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang berkata, PAS berkongsi rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan mengharapkan penjenayah yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

"PAS menyifatkan insiden ini sebagai suatu tindakan terkutuk yang melampaui batas kemanusiaan dan tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia keseluruhannya.

"PAS menegaskan bahawa budaya toleransi antara agama adalah sangat penting bagi mewujudkan keamanan sejagat, manakala budaya prasangka dan prejudis seperti fahaman 'Islamofobia' perlu ditangani semua pihak.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini, mengulas tentang insiden gelap bagi umat Islam tersebut.

"Semoga Allah merahmati roh saudara-saudara kita di Christchurch, New Zealand," ujarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo