NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti pembangkang dahului pilihan raya Parlimen Estonia

TALLINN: Parti pembangkang Estonia, Parti Pembaharuan Liberal memperolehi 34 kerusi dalam pilihan raya Parlimen negara itu pada Ahad, menewaskan Parti Pusat yang memperoleh 26 kerusi, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Sementara itu, 2 parti kecil yang bergabung dengan parti pemerintah Pro Patria dan Demokrat Sosial masing-masing mendapat 12 dan 10 kerusi.

Parti Konservatif Rakyat pula memperolehi 19 kerusi, memetik keputusan yang dimuat naik dalam laman web rasmi Pejabat Pilihan Raya Estonia.

Semua keputusan bagi keseluruhan 101 kerusi parlimen dijangka diumumkan Jawatankuasa Pilihan Raya pada Isnin.

Perdana Menteri Estonia, Juri Ratas merangkap pengerusi Parti Pusat berkata, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan parti pimpinannya menjadi sebahagian daripada kerajaan, lapor stesen televisyen ETV.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo