Nazri dah sedar dan Minta Maaf Kepada PAS, Orang Melayu


SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memohon maaf kepada penyokong PAS dan masyarakat Melayu Islam di negara ini kerana pernah membantah kerjasama BN dan parti Islam itu sebelum ini.

Beliau kini sedar dengan keutuhan kerjasama antara BN dan PAS baik untuk Melayu dan Islam dan berharap jalinan ini akan berterusan sehingga PRU15.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, bantahannya sebelum ini atas dasar BN yang merupakan sebuah parti berbilang kaum.

"Saya sedar dan saya sokong sepenuhnya hubungan UMNO dan PAS dan saya minta maaf kepada Melayu di Malaysia, sama ada ahli atau penyokong PAS, kerana selama ini ketika saya tegas mengatakan kita tak patut bekerja dengan PAS demi BN yang mempunyai keanggotaan berbilang kaum. Saya ubah fikiran saya," kata Nazri, ketika sidang media di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

"Saya buat kesilapan politik dan saya mahu lihat UMNO dan PAS teruskan ini, untuk berkuasa kita perlu teruskan kerjasama ini.

"Untuk itu kita kena bekerja dengan PAS. PAS juga melindungi hak minoriti. Saya yakin sejak 25 tahun PAS mentadbir Kelantan, saya tidak lihat penghijrahan bukan Islam dari negeri itu," katanya.

Beliau juga memberi keyakinan akan melakukan siri jelajah bagi mempromosikan dan menerangkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu Islam itu.

"Sebab itu saya terpanggil untuk survival UMNO dan PAS kita patut teruskan. Kita pastikan jangan kita bercerai. Saya 100 peratus di belakang (Timbalan Presiden UMNO) Mohamad Hasan dalam usaha ini," katanya.

Nazri bagaimanapun mengharapkan kerjasama yang berlangsung bukan setakat UMNO dan PAS, tetapi juga BN dan PAS, terutamanya ketika pilihan raya.

"Kita tak abaikan sokongan Cina, dalam politik kita mahu sokongan semua, saya nak syorkan jangan bubar BN supaya dalam pilihan raya BN kerjasama dengan PAS. 

"Kita kena ingat, kita ada parti komponen yang tidak dapat masuk sebagai ahli tapi penyokong kuat. Kalau BN masih ada, dalam pilihan raya gabungan kita adalah BN dan PAS, bukan UMNO dan PAS," katanya.

Nazri bagaimanapun berkata, pihaknya menyokong penuh keputusan pucuk pimpinan parti berhubung kerjasama berkenaan.

"Apa pun keputusan UMNO, kita sokong 100 peratus dan kita tak abaikan kaum lain, cuma utamakan kepentingan politik UMNO," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Nazri berkata, sokongan beliau terhadap kerjasama UMNO dan PAS ini atas dasar mengutamakan Melayu dan Islam.

"Denyut nadi orang Melayu di peringkat akar umbi mahukan perpaduan Melayu dan Islam. Berdasarkan analisis, pada PRU14 lalu, 95 peratus masyarakat bukan Melayu pilih untuk sokong PH. Tapi kenapa Melayu tak boleh fikir kepentingan bangsa dia? Cuma lima peratus bukan Melayu sokong BN.

"Masyarakat Cina boleh fikir fasal bangsa mereka, kenapa orang Melayu tak boleh. Di sini kekuatan, saya temui zon selesa iaitu Melayu dan Islam.

"Di hati kecil saya mempunyai rasa kasih dan sayang kepada rakyat Malaysia. Walaupun saya kata keutamaan itu untuk Melayu dan Islam, kita tak abaikan bukan Islam," tegasnya.

Hal demikian, beliau mengingatkan agar BN tidak dibubarkan kerana ia akan berfungsi sebagai satu barisan yang kuat. – Sinar Harian
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget