NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Misi Bantuan Sungai Kim Kim : Professionalisma Jabatan Amal Malaysia Di Tahap Tertinggi.

Tahniah buat Jabatan Amal Malaysia. Terbukti selama ini Jabatan Amal Malaysia di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia ( DPPM ) mengamalkan sikap professionalisma yang tinggi dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam pelbagai sudut dan bidang tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan kepentingan.

Tragedi pencemaran bahan kimia toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup trajis dan sedih buat seluruh negara. Ramai yang menjadi mangsa terutamanya kanak-kanak serta menyebabkan banyak sekolah di tutup. Jabatan Amal Malaysia dengan penuh rasa tanggung jawab sama-sama turut membantu agensi Kerajaan dalam usaha menangani pencemaran ini. Professionalisma Jabatan Amal Malaysia selama ini terbukti di tahap tertinggi serta membukti tuduhan " Taliban " tidak masuk akal.

PAS sentiasa mendidik terutamanya anak muda agar berakhlak mulia dan berbuat baik terhadap sesama manusia seperti yang di ajar oleh Islam tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kedudukan. Tarbiah dan akhlak yang di pupuk selama ini jelas membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan beramal, semoga Jabatan Amal Malaysia terus menyinar dan menjadi kebanggaan kita semua.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo