NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melayu, India sukar dapat kerja

KUALA LUMPUR 7 Mac - Walaupun memiliki kelayakan akademik, kemahiran bahasa dan pengalaman yang lebih kurang sama, namun bangsa seseorang pencari kerja terutama Melayu dan India didakwa menjadi faktor utama sukar mendapatkan pekerjaan. 

Berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Kajian Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS) mendapati kebanyakan 'resume' pemohon yang berbangsa India dan Melayu paling kurang mendapat panggilan majikan dalam sektor swasta.

Dalam masa yang sama, resume calon berbangsa Cina menjadi pilihan ramai majikan sektor swasta.

Menurut Cent-GPS, pihaknya telah menghantar 3,829 permohonan kerja kepada lebih 500 kerja kosong dalam tempoh beberapa bulan lalu dengan tujuh resume hampir sama telah diserahkan tetapi diwakili oleh calon daripada kumpulan etnik berbeza iaitu tiga Melayu, dua Cina dan dua India.

Katanya, kajian berkenaan memastikan kesemua tujuh resume mempunyai kelayakan, pengalaman, keupayaan berbahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin yang sama, cuma berbeza dari segi kepercayaan agama.

"Daripada tujuh calon itu, calon etnik Cina iaitu Nicola Yeoh dan Gabriel Liew menerima panggilan paling tinggi masing-masing sebanyak 240 dan 179 panggilan.

"Zulaikha Asyiqin Rashidi menerima 70 panggilan, Nur Sakinah Yusof (50) dan Kavitha Muthusamy (49) menjadi calon menerima panggilan paling rendah untuk wanita manakala Muhammad Saddiq Azmi dan Thivakar Gunasegaran hanya mendapat 43 dan 20 panggilan sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo