Mangsa sisa toksik Sungai Kim Kim meningkat lebih 200 orang




JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lepas, meningkat mendadak kepada 207 orang setakat 11 malam tadi susulan berlaku insiden gelombang ke-2 tengah hari semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata gelombang ke-2 itu membabitkan majoriti kes pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.

Beliau berkata setakat jam 11 malam tadi, 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan manakala 77 mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

"Daripada jumlah 35 mangsa ditahan itu, 4 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama dibenar pulang, jumlah terkini yang masih berada di HSI adalah 44 orang (6 di ICU dan 38 orang di wad HSI)," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah 44 orang di HSI, 11 adalah orang dewasa dan 33 adalah murid sekolah.

Mangsa pencemaran tersebut dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.

Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini ditutup semula.

Sementara itu, Dr Selahuddin menasihati murid dan penduduk tempatan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut.

Selain itu, orang ramai diminta menggunakan air terawat untuk aktiviti harian.

"Kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena di anggota badan," katanya.

Selain itu, beliau meminta orang ramai jangan mendekati atau melakukan aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget