Malaysia terima Statut Rom ICC

ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
PUTRAJAYA: Malaysia menandatangani surat cara untuk menerima Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin, berkata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC itu hari ini (4 Mac) dan surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.

ICC ditubuhkan pada 2002, dan ditadbir mengikut Statut Rom.

ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

"Penerimaan Malaysia kepada Statut Rom itu mencerminkan komitmennya dalam memerangi jenayah antarabangsa untuk keamanan dan keselamatan global," kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 15 Feb (2019) dimaklumkan oleh Saifuddin mengenai keputusan Kabinet untuk menerima Statut Rom ICC.

Menurut kenyataan itu juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini menulis surat kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong pada 26 Dis (2018), memaklumkan keputusan Kabinet mengenai perkara tersebut.

Wisma Putra berkata sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, Malaysia tegas dengan pendirian terhadap kedaulatan undang-undang dan mengakui peranan pelengkap ICC terhadap undang-undang domestik sedia ada.

"Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam menegakkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan dan akauntabiliti," tegas kenyataan itu.

-- BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget