NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAHB Jawab Vincent, Nahas Di LTSAAS Masih Disiasat

PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata apa-apa kesimpulan mengenai kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) sekarang ini adalah “terlalu awal”.

Menjawab kenyataan ahli perniagaan, Vincent Tan kepada media mengenai kemalangan yang berlaku pada Isnin, MAHB menegaskan siasatan sedang dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan polis.

“Apa-apa kesimpulan pada tahap ini adalah terlalu awal dan kami menggesa media dan orang ramai supaya tidak membuat apa-apa spekulasi sehingga siasatan pihak berkuasa selesai sepenuhnya,”kata MAHB kepada FMT.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya hari ini menyalahkan pihak berkuasa lapangan terbang selepas seorang kakitangan MAHB, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, cedera parah kerana terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian.

Vincent mengesahkan pesawat Berjaya Air terlibat dalam kemalangan itu, tetapi berkata juruterbangnya mendapat kebenaran daripada menara kawalan sebelum mendarat.

Katanya, pihak berkuasa lapangan terbang sepatutnya memberi amaran kepada pesawatnya bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di landasan itu.

Ruzaimi menghembuskan nafas terakhir Selasa lepas semasa dirawat di sebuah hospital swasta.

Kementerian Pengangkutan berkata siasatan AAIB dijangka siap dalam masa sebulan. – FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo