NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LGBT Merupakan Jenayah - Dr Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ditunduk dan dibelakangkan hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.

Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.

Katanya, oleh itu, sebagai masyarakat, terutama ibu bapa perlu mememainkan peranan besar dengan memantau anak berkaitan penggunaan berasaskan teknologi maklumat, terutama melalui telefon bimbit dan komputer.

"Lagi canggih penggunaan alatan teknologi, lagi bijak seseorang manusia itu meneroka perkara yang salah atau songsang.

"'Kita sama sekali tidak menyalahkan kecanggihan teknologi masa kini lebih-lebih lagi dalam negara menuju industri evolusi ke empat. Kita perlu berdepan kecanggihan teknologi tetapi jangan menyalahgunakan kecanggihan teknologi yang ada,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, di sini petang ini.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo