NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kor Ming suruh Khairi Jamaludin minta maaf, kerana panggil dia Taliban.




KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berang apabila perkataan Taliban disebut dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, terutama perkataan itu seolah-oleh merujuk kepada beliau.

Perkataan itu disebut oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) apabila ditanya Kor Ming apakah soalan sebenar ditujukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng setelah Ahli Parlimen UMNO tersebut mahu tahu adakah kerajaan akan meningkatkan pemberian bantuan golongan bujang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Mungkin pertanyaan Khairy itu dirasakan berbentuk politik, Kor Ming bertanya kembali apakah soalan sebenar kepada Guan Eng.

“Yang Berhormat Rembau, apa soalan?” tanya Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu ketika sesi soal jawab.

“Adakah sempena dengan PRK Rantau. Ada masalah (pemahaman), Taliban,” balas Khairy.

Kor Ming serta merta meminta Khairy menarik balik perkataan Taliban dan Khairy akhirnya menarik balik perkataan tersebut sambil bertanya kembali adakah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempunyai masalah untuk memahami soalannya.

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan Khairy itu cuba mencetuskan provokasi.

Beberapa minggu, Kor Ming dalam satu majlis di Taiping, Perak dilaporkan berkata, kerjasama UMNO dan PAS akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekaligus memecah belahkan rakyat.

Kata-kata beliau itu mengudang reaksi panas yang mengecam kenyataannya. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo