NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pembangkang: Ismail Sabri ganti Ahmad Zahid

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu pada sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Anggota Parlimen Bagan Datuk, yang bercuti daripada menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, berkata pelantikan Ismail Sabri dibuat berdasarkan senoriti dan hierarki dalam parti dan Barisan Nasional (BN).

"Jawatan Ketua Whip BN yang sebelum ini disandang oleh Ismail Sabri akan diganti oleh Anggota Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Mohamad berkata, UMNO akan menubuhkan sebuah Jabatan Pilihan Raya yang akan sentiasa melakukan gerak kerja, menganalisa dan menyusun strategi dalam menyiapkan jentera parti di peringkat bawah.

Katanya, jabatan itu akan diketuai seorang yang mempunyai kepakaran dan mahu bekerja dengan UMNO dan tidak semestinya daripada kalangan barisan kepimpinan MT parti. - Bernam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo