NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerugian Khazanah Tamparan Hebat Buat PH

1. Khazanah Nasional Berhad yang mencatatkan kerugian buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun adalah satu tamparan hebat buat Pakatan Harapan (PH) yang menerajui Kerajaan.

2. Kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion ini sendiri telah menterjemahkan kelemahan Kerajaan dalam melaksanakan penyusunan dan penstrukturan semula syarikat milik kerajaan itu yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kekayaan jangka panjang negara dan sebagai pemegang amanah aset komersial negara.

3. Tambah lagi, pengambilalihan syarikat ini pada Julai tahun lalu adalah dalam suasana pengurusan lama dikritik teruk oleh pemimpin PH kerana dikatakan telah menyebabkan syarikat itu menyimpang daripada tujuan asalnya untuk membantu Bumiputera.

4. Lebih mengecewakan, ada menteri masih bermentaliti pembangkang dengan berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu berbanding menjelaskan punca sebenar syarikat itu merekodkan prestasi sedemikian dan membentangkan pelan pengukuhan jangka panjang bagi memacu semula kemajuan syarikat itu sekaligus menarik semula keyakinan para pelabur.

5. Kerajaan juga digesa agar segera mengemukakan rancangan pemulihan prestasi syarikat ini termasuk memberikan penekanan kepada aspek pematuhan syariah dalam pelaburan serta membangunkan dasar dan inisiatif bagi membantu ekonomi Bumiputera.

6. Walaubagaimanapun, saya tetap menyuarakan kebimbangan kemungkinan kerugian ini juga akan dijadikan alasan untuk mengagih-agihkan aset syarikat ini kepada SPV seperti yang berlaku kepada Tabung Haji. Diharapkan ia tidak berlaku sedemikian.

Sekian.

“Islam Memimpin”


DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

FB :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2415645541778795&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo