NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan perkasa integriti pegawai

KOTA BHARU: Kelantan memperkasakan integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan bagi memantapkan lagi pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad berkata, bagi melaksanakan agenda tersebut kerajaan negeri melantik bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Dato’ Moh Samsudin Yusoff sebagai Pegawai Pemantau dan Pelaksana Integriti.

Katanya pelantikan itu bermula Februari bagi membantu kerajaan negeri merangka program melibatkan integriti dan pencegahan rasuah.

“Saya berharap semua kakitangan serta pegawai memberi sokongan dan bantuan terhadap usaha itu supaya integriti dipupuk dan rasuah dapat dibendung,” katanya ketika merasmikan majlis ikrar integriti dan bebas rasuah peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Dewan Teratai Kota Darulnaim semalam. – HARAKAHDAILY 18/3/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo