NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Pencemaran Gas: Nyawa Rakyat Dipertaruhkan?



oleh: YB Shaharizukirnain Abdul Kadir 

1.    Kementerian Alam Sekitar sewajarnya mengambil tindakan serius berkenaan isu pencemaran udara di Pasir Gudang sejak Khamis lalu.

2.    Ini berikutan dengan tahap keberkesanan langkah awal yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat sehingga kini masih tidak menjamin tahap keselamatan penduduk.

3.    JBPM telah mengambil langkah dengan menggunakan alat penyerap minyak (oil boom) bagi mengelak gas Methana merebak. Walau bagaimanapun, bilangan mangsa sehingga hari ini terus meningkat kepada 556 mangsa melibatkan pelajar sekolah dan orang awam.

4.    Ini jelas sekali apabila sekolah yang ditutup pada Khamis lalu hanya 500m daripada sungai berkenaan, namun begitu hari ini, udara yang tercemar sudah merebak sehingga 11 kilometer.

5.    Tambahan pula, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Pertanian Negeri mengatakan bahawa pembersihan menyeluruh memakan masa 5 hari. Saya berharap agar tempoh yang diambil tidak akan menyebabkan lebih ramai mangsa yang terlibat.

6.    Justeru, Kementerian sewajarnya mengambil tindakan yang lebih pro aktif dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan nyawa rakyat dan tidak hanya ‘lepas tangan’ kepada agensi-agensi yang berkenaan semata-mata.

“Islam Memimpin”

YB Shaharizukirnain Abdul Kadir ialah Ahli Parlimen Setiu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo