NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga RON97 Naik Lagi 5 Sen, RON95 Diesel Kekal

HARGA runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini hingga 8 Mac depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 5 sen iaitu daripada RM2.38 kepada RM2.43 seliter untuk tempoh sama.

“Harga diesel kekal pada paras RM2.18 seliter bagi tempoh sama berdasarkan harga pasaran sebenar Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi minggu sebelumnya,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang ditetapkan pada paras RM2.20 seliter ketika ini dikurangkan sebanyak 12 sen kepada RM2.08 seliter berkuat kuasa 27 Februari lalu.


Perkara itu telah dipersetujui kabinet dalam mesyuarat jemaah menteri selepas mengambil kira trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat. – K! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo