NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hannah Yeoh tak faham kedudukan Islam di Malaysia?

Kalau benar ingin membantu wanita, kenapa tidak digesa untuk menambah peruntukan kewangan dan staf untuk jabatan bantuan guaman yang merupakan firma guaman kerajaan yang mengendalikan pelbagai kes guaman samaada sivil atau syariah termasuk membantu pelbagai golongan wanita yang memerlukan. Bayaran yang dikenakan hanya RM10 sahaja. Mereka ini pula terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing dan jelas dengan falsafah undang-undang yang dibawa. Tambahan pula JBG bergerak atas dasar dan undang-undang yang jelas iaitu Akta Bantuan Guaman 1971 berbanding SIS yang telah jelas difatwakan haram.

oleh: Asmak Husin


Saya merasa sesak dada melihat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan beberapa rakan bersungguh mempertahankan bantuan kewangan yang diberikan kepada Sisters in Islam.

Alasan mereka konsisten, SIS telah berjaya menolong lebih 8000 wanita yg dizalimi dan dianiaya. Mereka tidak kisah samaada SIS ada isu dengan Islam atau tidak. Apabila ditekan tentang isu fatwa selangor tentang SIS, mereka masih mempertahankan perbuatan tersebut dengan alasan bidang dan skop kerja berkaitan keprihatinan wanita.

Inilah padahnya apabila kita menyerahkan posisi penting kepada orang yang tidak bersedia untuk memahami kedudukan Islam di Malaysia.

Kalau benar wanita menjadi alasan utama, kenapa ketika saya membangkitkan isu sumbangan terhadap ngo wanita yang aktif melakukan konsultasi laktasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak kementerian mengatakan tiada peruntukan yang disediakan? Apa beza ngo wanita yang ada dengan SIS?

Kalau benar ingin membantu wanita, kenapa tidak digesa untuk menambah peruntukan kewangan dan staf untuk jabatan bantuan guaman yang merupakan firma guaman kerajaan yang mengendalikan pelbagai kes guaman samaada sivil atau syariah termasuk membantu pelbagai golongan wanita yang memerlukan. Bayaran yang dikenakan hanya RM10 sahaja. Mereka ini pula terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing dan jelas dengan falsafah undang-undang yang dibawa. Tambahan pula JBG bergerak atas dasar dan undang-undang yang jelas iaitu Akta Bantuan Guaman 1971 berbanding SIS yang telah jelas difatwakan haram.

Bagaimana Timbalan Menteri tidak sensitif dengan masyarakat Islam apabila mengiktiraf SIS yang membawa kes mahkamah syariah tapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum islam berkaitan faraidh, kuasa talak suami, dan lain-lain.

Saya harap perkara ini sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia yang selama ini mendambakan perubahan pucuk pimpinan yang lebih baik tapi akhirnya terpaksa berdepan dengan figura yang langsung tidak endah dengan sensiviti dan kedudukan Islam di Malaysia. Tapi kita juga tidak boleh menyalahkan tindakan beliau seratus peratus, kerana ada juga orang Islam yang telah memberi signal yang salah dan membuka ruang kepada SIS di Malaysia

Asmak Husin ialah Ahli Dewan Negara

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo