Guan Eng Tak Layak Membarisi Kabinet Kerajaan


oleh:Shahir Adnan

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat dukacita dan marah dengan kenyataan Lim Guan Eng semalam, selaku Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Berdasarkan laporan portal berita Malaysiakini, Lim Guan Eng menggunakan perkataan "perang" kepada bukan Melayu apabila diminta mengulas mengenai kerjasama politik PAS dan UMNO. Setelah dikritik hebat, beliau menukar kepada perkataan "sasaran" kepada bukan Melayu.

2. Istilah "perang" atau "sasaran" adalah satu perkataan yang amat keras dan berbaur hasutan apabila digunakan merujuk kepada golongan bukan Melayu. Istilah yang digunakan menunjukkan betapa dangkal dan ceteknya fahaman politik beliau. Kenyataan daripada beliau selaku Setiausaha Agung DAP menunjukkan idea chauvisnisme yang menebal di kalangan pimpinan DAP. Kenyataan daripada beliau selaku Menteri Kerajaan Persekutuan pula menunjukkan beliau tidak matang dan tidak sensitif isu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpandangan Lim Guan Eng tidak layak menganggotai Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan mentaliti sebegini.

3. Sewajibnya, Lim Guan Eng meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Melayu dan bukan Melayu, bukan hanya menukar perkataan "perang" kepada "sasaran". Di saat keadaan sebegini berlaku, Menteri Perpaduan juga diam membisu. Adakah kerana Menteri-Menteri daripada Pakatan Harapan gentar untuk menegur bos mereka yang sebenar, iaitu DAP.

4. Kerjasama antara UMNO dan PAS tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan. UMNO bersama MIC dan MCA di dalam Barisan Nasional. PAS pula mempunyai dewan himpunan penyokong bukan melayu di dalam parti mereka dan bersama IKATAN yang mempunyai keahlian pelbagai kaum dan bangsa di dalam Gagasan Sejahtera. Amat tidak logik dan cetek pemikiran untuk DAP mengeluarkan kenyataan "perang" kepada bukan Melayu.

5. Rakyat tanpa mengira kaum menuntut permohonan maaf daripada Lim Guan Eng. Kita tidak mahu insiden tidak harmoni berulang, seperti apa yang berlaku kepada Allahyarham Adib dek keceluparan mulut hingga menyebabkan rakyat bergaduh sesama sendiri. Ini tanah Malaysia yang patut kita jaga. Rakyat mahu hidup dengan aman dan sejahtera.

Demi Bangsa Malaysia!


Shahir Adnan ialah Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia, merangkap Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget