NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Graduan KUIZM sambung pengajian ke STEI TAZKIA 




21 Mac 2019 : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah menghantar seramai 2 orang graduan KUIZM untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI) TAZKIA, Bogor, Indonesia.

Kedua-dua graduan tersebut adalah Graduan Diploma Muamalat dan Kewangan Islam yang akan menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan Islam, Fakulti Ekonomi Islam dan merupakan kumpulan ke-5 yang dihantar KUIZM ke Bogor.



Rombongan graduan KUIZM pada kali ini diiringi oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya, Penolong Rektor 2 (HEP) dan Ustaz Hafiz Naim bin Raduan, Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam.

Alhamdulillah segala urusan pendaftaran para graduan KUIZM di institusi pengajian tinggi tersebut untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda berjalan dengan lancar dan baik.

Semoga Allah memberi keberkatan dan kemudahan kepada generasi yang telah dilahirkan KUIZM untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu sebagai persediaan untuk mereka terjun ke medan dakwah sebenar sebagai murabbi ummah.


"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2285348014860595&id=112495825479169

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo