NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelombang Tsunami Bakal Menyengat Lagi Di Semenyih?

Oleh: Ubaid Hj Akla

Fenomena yang dibawa mantan Perdana Menteri ke 6, Dato’ Seri Najib Tun Razak seumpama tsunami melanda lanskap politik Malaysia mutakhir ini. Dengan hanya berbekal tshirt yang terpampang gambar beliau dan tagline Malu Apa Bossku sudah cukup memberi ancaman besar kepada kerajaan Malaysia baharu menerusi beberapa siri PRK kebelakangan ini.

Walaupun, DS Najib dipalit pelbagai skandal rasuah dan paling besar skandal 1MDB, yang mana kes tersebut umpama misteri hingga ke hari ini, tiada lagi tanda tanda perbicaraan akan berlaku dengan cepat, walhal mahkamah media kita sedia maklum sudah menghakimi beliau sebagai pesalah walaupun dibuka kertas pertuduhan.

Namun, beliau dilihat seolah bangkit dari kecaman rakyat terutama warga net apabila menampilkan diri khalayak ramai dengan wajah baru iaitu dengan lebih santai dan sempoi, berbaju T kolar bulat dan bermotorsikal. Ini memberi gelombang baru bahkan menjadi tsunami di media sosial apabila tular tagline “Malu Apa Bossku” hinggakan ke mana sahaja DS Najib tuju, beliau umpama selebriti yang disambut oleh khalayak ramai dengan penuh mesra tanpa sebarang protokol sebagaimana beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Arus Tsunajib ini terus marak apabila setiap kali status beliau di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi tular hinggakan Saudara YB Lim Kit Siang diberi gelaran MenHen (Menteri Hal Ehwal Najib) dek kerana begitu padu serangan dan kritikan yang dilontarkan oleh DS Najib terhadap dasar dan polisi kerajaan PH.

Status yang dimuatnaik yang berbentuk santai tetapi dalam masa yang skarstik atau satira memberi tarikan magnet dikalangan anak muda untuk terus menerus mengikuti DS Najib di laman sosial, sekali gus menularkan setiap status atau cicipan yang dilontarkan. “Troll” demi “troll” yang dilakukan sentiasa menyengit dalam masa mencuit hati warga net.

Sehingga kini, DS Najib mempunyai lebih 4 juta pengikut di laman Twitter dan lebih 3.7 juta pengikut di laman Facebook, ia jauh meninggalkan pemimpin utama PH iaitu Perdana Menteri Tun Mahathir (3.5 juta pengikut di laman Facebook, 940k pengikut di laman Twitter) dan bakal Perdana Menteri ke-8, DS Anwar Ibrahim (1.8 juta pengikut di laman Facebook, 1.3 juta pengikut di Laman Twitter)
Atas kekuatan ini, DS Najib digunakan sepenuhnya oleh jentera Barisan Nasional dan rakan pembangkang khususnya PAS dalam meraih kembali sokongan rakyat kepada blok pembangkang setelah beberapa siri PRK dimenangi blok kerajaan PH.

Apapun, situasi di Semenyih bakal dilihat suatu kelebihan kepada pembangkang jika Gelombang TSUNAJIB ini terus mara menerjah arus untuk memancing pengundi.!
( Hide )
  1. Allah tidak ambil kira bagaimana awalan kita, yang paling penting ialah bagaimana kita akhiri hidup kita.... semoga lebih baik insyaAllah

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo