NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di mana pemikiran demokratik pimpinan DAP?

Mumtaz Md Nawi
15/3/2019

Siri mulut terlepas cakap dan provokasi terhadap Islam oleh beberapa pimpinan DAP yg telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan menarik balik kenyataan merbahaya ini adalah satu trend yang tidak harus diterima oleh rakyat Malaysia.

Tak cukup dengan orang biasa dari lelaki dan wanita, warga emas dan remaja, kerja sendiri dan korporat ia diteruskan oleh Adun dan Ahli Parlimen senada seia dan sekata cuba mencetuskan kekacauan emosi dan fizikal dalam sebuah negara majmuk yang terkenal dan menjadi contoh keamanan dan keharmonian.

Kenapa sikap begini yg mereka tunjukkan -sungguh jijik dan tidak demokratik.Adakah apa yg terlucut dimulut mereka merupakan pancaran dari hati yang jijik dan pemikiran yang kotor berdasarkan ideologi dan strategi yang dipasak dan ditusuk dalam minda mereka sejak sekian lama?

Ini sama sekali bukan sikap pimpinan yang dipilih rakyat kecuali mereka ini extremist agama yang menggunakan politik sebagai bahan penyamaran mereka .Ketika memancing undi dan berkempen mereka menunjukkan sikap ala menghormati Islam dan penganutnya namun setelah menang Islam dan penganut inilah yang dipijak dan dikeji oleh mereka.

Bila ditegur maka seolah-olah melatah dan menarik balik kenyataan yang membahayakan dan menghina Islam dan penganutnya. Ini bukan medan lakonan dan teater yang lirik dan skripnya boleh diolah semula dan dilafazkan tanpa niat. segala elemen mala fide terpapar jelas dengan kenyataan terbuka seumpama ini.

Kami sayang rakyat Malaysia kerana mereka adalah rakyat negara ini tapi ini bukan lesen dan permit terbuka untuk meremehkan, membodohkan dan mempermainkan maruah dan harga diri kami sebagai muslim. Tohmahan keji dan jahat ini terhadap Islam ini tidak harus dimaafkan dengan hanya menarik balik kenyataan tersebut. 

Adakah pemimpin-pemimpin ini sedang mengigau dengan mimpi karut yang mereka khayalkan sendiri dan dengan sesukanya boleh menarik balik kenyataan mereka bila tersedar dari tidur dan mimpinya!!!

Ia harus dibawa ke Mahkamah dan diadili mengikut lunas undang-undang demi keharmonian kaum.

Disaat seluruh dunia berduka dengan tragedi ini, mereka pula seolah mengugut dan menyalahkan lagi ummat Islam yang nyata menjadi mangsa bukan marah kepada mereka yang melakukan ANGKARA!

Yang tentunya sehingga saat ini Adib telah jadi korban dan kita belum tahu siapa yang mengerjakannya.

Air mata kami belum kering mengenang Adib kini tumpah lagi dengan kejadian di Christchurch!

Ingatlah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung! 

Rakyat Malaysia cintakan kesejahteraan dan keamanan yang majoritinya datang dari penganut Islam dan Melayu !!! Belajarlah menghormati kalau ingin dihormati!

#stopmelatah
#hentitarikbalik
#inibukanigauan
#Islamagamakeamanan

FB šŸ‘šŸ» https://www.facebook.com/271122743033133/posts/1679677208844339?sfns=mo

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo