NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bonda Sultan Johor Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat




Kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad.

BONDA kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad telah mangkat pada Isnin.

Berita kemangkatan baginda dikeluarkan melalui laman media sosial rasmi Kesultanan Johor.

Almarhum Tengku Puan Zanariah ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail memerintah sebagai Yang Di-pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

Baginda pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.

Almarhum Tengku Puan Zanariah mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada 1946 dan melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari 1950 hingga 1952.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo