BN, PAS mahu turun jalan raya jika Guan Eng tak mohon maaf


Sayap pemuda parti komponen BN hari ini berganding bahu dengan sekutu baru mereka dari PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyebut bahawa Umno dan PAS "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat bukan Melayu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda MIC R Thinalan, Setiausaha Pemuda MCA Daniel Wa Wai How dan pemimpin Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Shahir Abu Hassan.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu, Asyraf berkata pihaknya akan mengadakan demonstrasi sekiranya Lim tidak membuat permohonan maaf berhubung perkara itu.

"Kalau dia tidak minta maaf, kami bersedia nak turun ke jalan, untuk menyatakan dengan jelas, bahawa apa yang dibuat ini tidak mewakili rakyat Malaysia. 

"Kami nak tunjuk orang Malaysia ini bencikan perkauman," katanya sambil menggesa Lim meletakkan jawatan sebagai menteri.

Semalam, Lim mengeluarkan kenyataan menggesa MCA meninggalkan BN kerana Umno dan PAS menurutnya "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat non-muslim.

Selepas kenyataannya itu dilapor media, Lim membuat pembetulan pada kenyataan asalnya untuk menggantikan perkataan "mengisytiharkan perang" kepada "menyasarkan".

Kedua-dua kenyataan berbahasa Cina itu dikeluarkan atas kapasitinya sebagai pemimpin DAP.

Sementara itu Asyraf berkata, kerjasama Umno dan PAS tidak mempunyai maksud meminggirkan kaum atau agama lain. 

Perkembangan terbaru itu hadir ketika MCA dan MIC memberi gambaran ingin mencari "pakatan baru".

Diminta mengulas tentang perkara itu, Thinalan berkata empat parti berkenaan berganding bahu hari ini "bukan isu politik".

"Ini bukan isu politik. Ini tentang Malaysia yang terdiri daripada Melayu, India dan Cina.

"Meskipun kami dari parti politik, kami mengambil langkah sebagai warganegara Malaysia. Kami rasakan (Lim) tidak sepatutnya mengatakan hal seperti itu," kata ketua pemuda MIC itu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget