Belansungkawa Buat Ustaz Norazli Musa



انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Pagi ini mendapat khabar duka dan sedih dari bumi Madinah. Ustaz Norazli Musa (Mantan AJK PAS Pusat dan Presiden Geng Ustaz) telah menghembuskan nafas akhir pada jam 12.30 pagi 12 Mac 2019 waktu Madinah. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan mengurniakan Maghfirah ke atasnya. Takziah kepada seluruh anggota keluarganya.

Saya kagumi keikhlasan dan kesungguhan Almarhum, semangat perjuangannya dan kegigihannya dalam usaha siyasah, dakwah, tarbiyah, kebajikan dan kemasyarakatan.

Saya akrab bersama Almarhum khususnya saat bersama dalam saff AJK PAS Pusat sesi 2015-2017, selain keterlibatan beliau dalam Pertubuhan Geng Ustaz sebagai Presidennya.

Beliau antara insan yang banyak terlibat dalam misi ziarah-ziarah dakwah, bantuan hal ehwal kebajikan serta misi kemanusiaan dalam dan luar negara termasuk di Sarawak.

Beliau seorang yang baik, sahabat yang sangat baik bagi yang mengenali beliau secara dekat. Meski kadangnya digeruni dan dimusuhi pihak lawan, saya saksi beliau dai'e yang berjuang tanpa kepentingan!

Semoga Allah redhai beliau. Semoga Allah ampuni dosanya dan terima segala amalannya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah. Allahumma Aamiin.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ  
آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَبَّ الْعَلَمِيّنْ.

FB: Muhtar Suhaili As-Sarawaki.

https://www.facebook.com/100009760117468/posts/859500641051932?sfns=mo
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget