Ahli Parlimen Bukit Gantang bakal letak jawatan?


TAIPING, 29 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menolak spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Bukit Gantang.

Sebaliknya, wakil rakyat Bebas itu menegaskan akan terus memberi khidmat kepada penduduk di kawasan Parlimen itu.

"Saya tidak pernah terfikir untuk meletakkan jawatan pada masa ini dan akan terus komited meneruskannya melalui pelbagai inisiatif diambil oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada rakyat di kawasan ini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Syed Abu Hussin, yang keluar Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin dalam kalangan penduduk di kawasan Parlimen berkenaan kononnya beliau akan meletakan jawatan itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau ada mendengar spekulasi itu sejak kebelakangan ini.

"Saya sendiri ada terdengar hasrat wakil rakyat Bebas itu hendak menumpukan usaha beribadah selepas meletakkan jawatan.

"Kemungkinan persoalan itu akan terjawab selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang. – Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget