NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1MDB: Polis ada tempoh hingga hujung Mac lengkapkan kertas siasatan

KUALA LUMPUR: Polis hanya mempunyai masa sehingga 16 Mei depan bagi menyimpan barang rampasan serbuan mengenai skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan juga harus dilengkapkan pada hujung Mac ini sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Siasatan kini masih berjalan dengan lancar, dan kita sudah pun kemukakan tahap mana siasatan yang dibuat dengan pihak Jabatan Peguam Negara, jadi siasatan perlu dilengkapkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 pada pagi Rabu.

Selain itu, beliau juga berkata siasatan di peringkat Akta Pengubahan Wang Haram juga masih berjalan dan setakat ini siasatan ke arah melengkapkan kertas kes itu berjalan lancar.

Selain itu, Mohamad Fuzi juga turut menyatakan polis mempunyai tempoh sehingga pertengahan bulan Mei bagi menyimpan barang rampasan kes 1MDB.

“Kita akan mengambil maklum balas dan patuhi tempoh tersebut bagi melengkapkan siasatan berhubung barang rampasan itu sebelum tarikh akhirnya, 16 Mei.

“Setelah itu, akan ada proses tertentu serta tindakan akan dibuat melalui proses mahkamah akan kita cadangkan,” jelas Mohamad Fuzi.

Pada masa sama, beliau turut berkata pihak polis masih meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa negara China bagi menjejak Jho Low.

Jelasnya, terdapat pegawai-pegawai tertentu yang telah ditugaskan bagi mengadakan perhubungan dengan pihak dari negara itu dalam usaha menjejaki Jho low dan beberapa individu terlibat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo