NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

11 negara Arab tubuh organisasi angkasa bangunkan satelit

Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum berkata, projek pertama organisasi angkasa Arab ialah membangunkan sebuah satelit 813 di UAE. (Gambar Twitter)

DUBAI: Sebelas negara Arab, termasuk Emiriah Arab Bersatu menubuhkan organisasi angkasa Arab pertama bertujuan membangunkan satelit bagi memantau perubahan iklim dan alam sekitar, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis menandatangani piagam Kumpulan Kerjasama Angkasa Arab sempena pembukaan Kongres Angkasa Global di Abu Dhabi semalam, dihadiri Naib Presiden UAE merangkap pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum.

Sheikh Mohammed berkata, projek pertama ialah membangunkan sebuah satelit 813 di UAE dan nama itu diambil sempena tarikh "House of Wisdom Baghdad" mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Al-Ma'mun.

Beliau berkata, agensi itu menghimpunkan saintis dan menterjemahkan buku, selain menjadi tempat bagi ilmuwan di rantau ini mengembangkan serta mencurahkan segala ilmu.

Kongres Angkasa Global berlangsung dari 19 hingga 21 Mac itu menjadi acara penting menghimpunkan pemimpin dalam industri angkasa dari Timur Tengah dan Afrika Utara.

Pada 11 Mac lalu, Kabinet UAE menerima pakai Strategi Angkasa Negara 2030 yang antara lain merangkumi 36 objektif dan 119 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada lebih 85 entiti di UAE.

Strategi itu berperanan sebagai rangka kerja am untuk industri dan aktiviti angkasa UAE sehingga 2030. - FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo