March 2019
#1MDB #BAJET2018 #H355 #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 1MEDIA 1MediaTV 3penjuru 5g 90 Juta A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Afghanistan AG AGAMA AIR AKTA 164 Alam Sekitar Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amanat Kit Siang Amerika ANALISA Anwar Ibrahim Arak ARTIKEL ASEAN AWAS Azwan-Azmin Bahasa BAITUL MAQDIS Bajet 2019 Bajet 2019 Terengganu Baju Kebangsaan Bandar Tun Razak Banjir Bantah Hina Islam Bauksit Bayan Linnas Belanjawan 2019 bencana BERITA BERITA UMUM BERNAMA Bersatu BIASISWA Big Data BN BOMBA BPMS BR1M Brazil BRIM Bukit Kukus Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan Cameron Highlands CAP Cars Cikgu Azizan CIMB City COMANGO CPTPP Cuaca Cuba Cuepacs Cukai DAP Dato' Iskandar A. Samad Datuk Ahmad Faris Abdul Halim DBP Dewan Rakyat Dhia Hani DHPP DIESEL DITC Dong Zong Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM e-sukan ECRL Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI ENGLISH Entertainment Fashion FELCRA Felda FGV Fikri Allaudin FOMCA Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods G77 Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery GAMIS gaza GERAKAN Getah Global GMMF Golan Gombak GPMS GPS Grab Graphic Design GST hadi awang Hari Raya Herman Samsudeen HFMD HIDS Hijau.FM Himpunan 812 Himpunan Kebangkitan Ummah Hina Nabi HINDRAF HSR Hudud Hukum Syariah ICC ICCPR ICERD ICR IG iGuru Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Siber IKATAN IKSIM IMAMS INDONESIA INFO Inkues Adib insiden IPTA IRC IRI Islam Islamofobia ISMA Israel Israk Dan Mikraj ISU JAKIM Jamal Khashoggi Jamal Khashoqqi Jawatan Kosong jenayah Johor KAHWIN Kalam Perantau kanada karya Kedah Kelantan Kelapa Sawit kembara Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP Khazanah Khutbah Jumaat KIRIMAN kiriman pembaca komentar konflik Kongres Rakyat konspirasi Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) Koperasi Korban KPM KPN KSN Kuil Sri Mariamman USJ 25 KUIZM KWSP LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH LGBT Liberalisme LIPATAN SEJARAH LPT3 LRT 3 LTTE LUAR NEGARA Lynas M. Kamal Affandi MACMA MACSA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Mahasiswa Majlis Dakwah Negara Malaysia Sejahtera Manifesto Mapim MAPPIM Maritim MAS MASJID MCA Melaka MEMALI MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 MIC Minda Presiden PAS Minyak Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS MPK MRT MRT2 Muafakat Muet Musa Awang Music MyAqsa MyBRAIN15 MyDeposit Mykad MyPPP N9 Nahas Lion Air nasional Nature Nazman Che Iberahim Negara Islam Negeri Nelayan NGO NGO Pendidik Nigeria Nik Abduh NUTP Octoberfest Oktoberfest OSA P.PINANG PAC padi Pahang PAKATAN HARAPAN Pakistan PALESTIN PAN Pan Island Link Pantau Malaysia Baru PAPISMA Parlimen Parlimen Belia PAS Pasaraya Wakaf Ummah PBB PBS PCM Pelancongan PENA PENCEN Penceraman Toksik Pendidik Peneroka PENGGUNA Penipuan nombor TAC People Perak Perbadanan Wakaf Pendidikan Tinggi Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan PERKASA PERKESO PERLIS Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) PERSONALITI Pertanian PETROL PGSM PH PHM Phone Piagam Madinah Piala Malaysia pilihan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) PKR Plastik PNB POCA Poligami POLITIK POTA PPBM PPIM PPMM PPSMI Print Design PRK Balakong PRK Cameron Highlands PRK DUN Rantau PRK DUN Semenyih PRK Port Dickson PRK Rantau PRK Sandakan PRK Seri Setia PRK Sg Kandis PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz PRU14 PRU15 PSM PTPTN Pulau Pinang Putra Radiohead Rajaluddin Ahmad Ramadhan RASUAH Rawai FC resepi RMK-11 RMK11 RON97 Roslan SMS ROYALTI Rusuhan bantah pindah kuil Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak Sarawak Report Sebatan Syariah SeIPTI SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Serangan Christchurch Server Sg Kandis Short Shuhaimi Al-Maniri SKMM SOSMA Sports SPR sprm SPV SRIDI SST Statut Rom STPM Suaram SUBKY LATIF sukan Surat Pembaca Surat Terbuka Swaziland Syed Ahmad Fadhli Syria T'mart Tabung Haji Tahfiz Tahukah anda Taliban Tan Sri Jins Shamsudin Tanah Runtuh TATiUC Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TEKSI Teras TERENGGANU Test TGNA TH tips Tips/Motivasi Title tmp TNB Tol TPPA Tragedi Christchurch Transgender Travel Trump Tsunami Selat Sunda tun m TURKI UbahTV UCP UEC UIAM UMMAH UMNO Umrah UNDANG-UNDANG Update USNO Uyghur Vaksin Video Wakaf Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Warisan Web Design ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud خطبة جمعة


KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Terengganu Bike Week 2019 (TBW 2019) memberi pulangan positif kepada industri pelancongan negeri dan secara tidak langsung menjana ekonomi setempat.

Jerajaan negeri juga mengalu-alukan penyertaan itu kerana ia mampu memberi impak kepada promosi pelancongan berdasarkan 'participation event' dan 'spectators event' yang boleh menarik penyertaan pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penyertaan termasuk dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura.

"Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan usaha badan bukan kerajaan (NGO) permotoran dalam menganjurkan pelbagai acara tanpa keperluan peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri.

"Program sebegini bukan sahaja merapatkan ukhuwah antara rakan permotoran dan secara tidak langsung bertindak sebagai duta pelancongan dalam membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan di Terengganu.



"Selain itu, deruman enjin motosikal berkuasa tinggi membuatkan golongan belia teruja dan program sebegini mampu membuka minda golongan ini untuk menghayati sendiri kepelbagaian motosikal berkuasa tinggi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian dan Makan Malam Terengganu Bike Week 2019 anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Seri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan Gabenor Phatthalung, Thailand, Mr Kukiat Wongkrapunt.

Tambah Ariffin lagi, program itu juga mampu menjadi satu platform pengendalian kenderaan bermotor secara positif yang boleh memberi manfaat terutama kepada generasi muda yang meminati permotoran.

"Anak muda yang meminati bidang ini boleh menjadikannya sebagai karier atau mengambil peluang keusahawanan di dalam industri permotoran,"katanya.

Sementara itu, Presiden PGPNT, Tengku Seri Temenggung Raja, berkata TBW2019 itu mendapat sambutan kira-kira 3,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Katanya, pada penganjuran kali kelapan itu, PGPNT bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk mempromosikan Beautiful Terengganu dengan mengadakan pelbagai program seperti persembahan kebudayaan, konvoi muhibbah dan sebagainya.

from Teganukita.net https://ift.tt/2WwzYWM


KENYATAAN MEDIA GERAKAN KEBANGKITAN PENDIDIK KEBANGSAAN:

UEC: Pendidik kesal kerana kenyataan antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam KPM bercanggah

1. Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) berasa kecewa dengan sikap Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, dan melahirkan rasa kesal serta dukacita dengan kenyataannya yang mengucapkan tahniah dengan keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas, berikutan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPUM) yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

2. Apa yang lebih menyedihkan lagi tindakan Tommy Thomas membenarkan LKPUM mengiktiraf UEC setaraf dengan STPM dan A-Levels bermakna seseorang yang lulus UEC boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) dan seterusnya berkhidmat sebagai peguam selepas memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.

3. Ini bermakna apakah Malaysia bakal menyaksikan para peguam yang berkelulusan UEC ini suatu hari nanti bakal beraksi di Mahkamah Persekutuan sedangkan lulusan ini datang dari aliran yang berbeza yang diragui keabsahannya dalam persada pendidikan negara?.

4. Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

5. Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

6. Pendidik kesal kerana Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).


7. Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

8. Sebelum ini tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang telah membuka permohonan calon perguruan kepada pemegang Sijil UEC adalah BERTENTANGAN dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sangat kami kesali.

9. Kenyataan ini bercanggah ,sebab dalam proses UEC masih dibuat kajian dan akan diserahkan Julai 2019 ,tetapi mengapa KPM tergesa -gesa dan seakan terdesak mengumumkan bahawa permohonan calon perguruan bagi pemegang sijil UEC boleh diterima masuk ke kampus IPG.
Sepatutnya KPM mesti menangguhkan apa sahaja keputusan berkaitan UEC ini. Ini bermakna seolah -olah Unit Kajian Dasar yang diwujudkan tidak berfungsi dan tidak diiktiraf oleh kerajaan .

10. Pendidik juga meragui individu yang menganggotai jawatankuasa pasukan kajian dasar ini kerana seolah -olah berkepentingan berasaskan komitmen mereka dalam organisasi yang selama ini berpihak kepada UEC.

11.Asas penolakan kami mewakili Pendidik adalah SMP Cina (Sekolah Menengah Persendirian Cina)tidak berada dalam sistem dari segi 3 seksyen, iaitu 15, 17 dan 18 dalam AKTA PENDIDIKAN NEGARA 1996. Oleh itu, UEC daripada SMPC tidak boleh sesekali diterima untuk pengiktirafan ke IPTA dan/atau ke dalam sektor pekerjaan awam.
UEC mewakili hanya 15 % daripada keseluruhan pelajar di Malaysia.
Sebab itu KPM sepatutnya tidak perlu melayan tuntutan mereka berdasarkan Perlembagaan Negara dan Akta Pendidikan 1996 ini.

12. Dalam sidang Dewan Rakyat ,Menteri Pendidikan Malaysia ,YB Mazlee Malek berkata KPM masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengiktiraf UEC atau tidak , kerana masih menunggu laporan kajian dari Pasukan Unit Kajian Dasar yang diwujudkan untuk mengkaji pandangan tokoh akademik NGO ,dan lain -lain agensi serta parti politik sebelum memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan pengiktirafan UEC ini.

13. Justeru ,Pendidik berharap YB Teo Ni Ching jangan ibarat peribahasa 'lebih sudu dari kuah' dan bersikap mendahului
pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia sendiri sekaligus menggambarkan percanggahan kenyataan antara Menteri Pendidikan dengan status beliau sebagai Timbalan Menteri yang akhirnya akan menjejaskan integriti serta kredibiliti kedua -dia menteri dalam KPM itu sendiri.

Salam hormat:
Puan Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)
31 Mac 2019 bersamaan 24 Rejab 1440H.

Kalau benar ingin membantu wanita, kenapa tidak digesa untuk menambah peruntukan kewangan dan staf untuk jabatan bantuan guaman yang merupakan firma guaman kerajaan yang mengendalikan pelbagai kes guaman samaada sivil atau syariah termasuk membantu pelbagai golongan wanita yang memerlukan. Bayaran yang dikenakan hanya RM10 sahaja. Mereka ini pula terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing dan jelas dengan falsafah undang-undang yang dibawa. Tambahan pula JBG bergerak atas dasar dan undang-undang yang jelas iaitu Akta Bantuan Guaman 1971 berbanding SIS yang telah jelas difatwakan haram.

oleh: Asmak Husin


Saya merasa sesak dada melihat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan beberapa rakan bersungguh mempertahankan bantuan kewangan yang diberikan kepada Sisters in Islam.

Alasan mereka konsisten, SIS telah berjaya menolong lebih 8000 wanita yg dizalimi dan dianiaya. Mereka tidak kisah samaada SIS ada isu dengan Islam atau tidak. Apabila ditekan tentang isu fatwa selangor tentang SIS, mereka masih mempertahankan perbuatan tersebut dengan alasan bidang dan skop kerja berkaitan keprihatinan wanita.

Inilah padahnya apabila kita menyerahkan posisi penting kepada orang yang tidak bersedia untuk memahami kedudukan Islam di Malaysia.

Kalau benar wanita menjadi alasan utama, kenapa ketika saya membangkitkan isu sumbangan terhadap ngo wanita yang aktif melakukan konsultasi laktasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak kementerian mengatakan tiada peruntukan yang disediakan? Apa beza ngo wanita yang ada dengan SIS?

Kalau benar ingin membantu wanita, kenapa tidak digesa untuk menambah peruntukan kewangan dan staf untuk jabatan bantuan guaman yang merupakan firma guaman kerajaan yang mengendalikan pelbagai kes guaman samaada sivil atau syariah termasuk membantu pelbagai golongan wanita yang memerlukan. Bayaran yang dikenakan hanya RM10 sahaja. Mereka ini pula terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing dan jelas dengan falsafah undang-undang yang dibawa. Tambahan pula JBG bergerak atas dasar dan undang-undang yang jelas iaitu Akta Bantuan Guaman 1971 berbanding SIS yang telah jelas difatwakan haram.

Bagaimana Timbalan Menteri tidak sensitif dengan masyarakat Islam apabila mengiktiraf SIS yang membawa kes mahkamah syariah tapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum islam berkaitan faraidh, kuasa talak suami, dan lain-lain.

Saya harap perkara ini sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia yang selama ini mendambakan perubahan pucuk pimpinan yang lebih baik tapi akhirnya terpaksa berdepan dengan figura yang langsung tidak endah dengan sensiviti dan kedudukan Islam di Malaysia. Tapi kita juga tidak boleh menyalahkan tindakan beliau seratus peratus, kerana ada juga orang Islam yang telah memberi signal yang salah dan membuka ruang kepada SIS di Malaysia

Asmak Husin ialah Ahli Dewan Negara



Kenyataan ini dikeluarkan berikutan notis panggil balik oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura ke atas tiga (3) produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-N-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA). Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi.https://kpkesihatan.com/2019/03/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-mac-2019-produk-losartan-yang-ditarik-balik-di-singapura-serta-situasi-di-pasaran-malaysia/


IPOH, 23 Rejab 1440H, Sabtu – Pengguna yang memiliki dan masih menyimpan ubat darah tinggi dikesan mengandungi bahan aktif losartan diminta tidak panik, sebaliknya memulangkannya kepada pembekal, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata, pembekal tidak boleh menjual ubat itu selepas Kementerian Kesihatan menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan tersebut bermula 7 Mac lepas.

"Ubat itu untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan karsinogernik, tetapi tidak ada kesan untuk jangka masa pendek. Pengguna yang sudah makan jangan panik, cuma pulangkan ubat tersebut kepada pembekal supaya boleh dapatkan gantian ubat itu untuk jenama lain.

"Sepatutnya, kalau ikut rekod tidak ada lagi ubat itu dalam simpanan dan mereka (pembekal) yang ada simpan stok lama memang kita sudah tarik balik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Perak di Meru di sini hari ini.

Tujuh produk yang digantung ialah LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg); LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg).

Turut digantung adalah produk Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); TOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide); Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan memaklumkan, produk berkenaan sudah dikeluarkan daripada pasaran Malaysia kerana dikesan mengandungi losartan dengan sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India, yang digantung status pendaftaran di Malaysia bermula 7 Mac 2019.

Mengulas lanjut, Dr Lee berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan serta bekerjasama dengan agensi yang berkenaan di luar negara mengenai ubat yang dipasarkan di negara ini.

"Kita berkongsi maklumat dengan semua bahagian farmasi di negara-negara lain dan sekiranya ada sebarang ubat yang ada masalah kita akan berkongsi maklumat supaya tindakan setimpal boleh diambil," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata, kementerian itu mengenal pasti lebih tiga juta golongan berumur 50 tahun dan ke atas layak menerima Skim Peduli Kesihatan B40 (PekaB40) yang akan dilancarkan bulan depan.

"Bagi peringkat awal kita memperuntukan RM100 juta untuk 800,000 peserta. Sekiranya sambutan baik kita akan menambah peruntukan untuk menampung keperluan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menyediakan penjagaan kesihatan bagi kumpulan isi rumah B40 yang akan memberi tumpuan terhadap Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kanser.

"Kita harap sekiranya (peserta) layak untuk mendaftar (PekaB40), guna kesempatan ini untuk melakukan saringan kesihatan di klinik berdaftar secara percuma," katanya. – Bernama



oleh: DR. KHAIRUDDIN AT-TAKIRI

Disember tahun lalu lebih 500,000 orang membanjiri Dataran Merdeka membantah rancangan Kerajaan untuk meratifikasi ICERD.

Tiba-tiba pada 20 Mac baru-baru ini, Menteri Luar Negeri yang menjawab soalan saya memaklumkan bahawa Kerajaan komited untuk meratifikasikan instrumen-instrumen hak asasi manusia yang masih belum ditandatangani - termasuk ICERD.

Sikap ini sangat kurang ajar dan mencabar sensitiviti dan kesabaran terutamanya orang-orang Islam dan kaum Bumiputera di negara ini.

Kalau Perhimpunan Solidariti Kedamaian baru-baru ini dengan kehadiran hanya kurang 5,000 orang itu Kerajaan boleh kata yang penting ialah MESEJ, bukannya JUMLAH peserta, adakah perhimpunan dengan JUMLAH peserta lebih 500,000 orang pada Disember lalu itu pula MESEJnya tidak cukup luat lagi?

Jangan cabar kami!

DR. KHAIRUDDIN AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus


SEREMBAN, 23 Rejab 1440H, Sabtu – PAS yakin kerjasama penyatuan ummah antara parti itu dengan UMNO mampu membantu kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Moktar percaya calon BN, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, mampu mempertahankan kerusi tradisinya dengan bantuan kerahan jentera PAS dari seluruh negara.

"Kita akan menggunakan peranan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) secara keseluruhannya, sebagai satu strategi khusus untuk memastikan kemenangan Mohamad," katanya seperti dilapor Harakahdaily, hari ini.

Berikutan demografi komposisi penduduk kawasan itu yang amat berbeza, pihaknya percaya DHPP telah merangka strategi yang baik sepanjang kempen PRK Rantau berlangsung.

Justeru Dr Samsuri berkata, PAS akan sentiasa komited bagi membantu kelangsungan kempen PRK DUN Rantau secara matang dan sejahtera.

"PAS juga telah mengeluarkan arahan bagi mewajibkan semua pengundi PAS di DUN Rantau untuk mengundi calon BN di sini," katanya.

Dr Samsuri mengakui Mohamad sangat layak untuk mengekalkan kerusi DUN Rantau apabila melihat pelbagai pembangunan yang telah dilakukannya sebelum ini di situ.

"Masyarakat DUN Rantau telah menyaksikan sendiri kepimpinan Mohamad dan seharusnya figura ini layak menjadi wakil rakyat di sini," kata Menteri Besar Terengganu.

Bagaimanapun, beliau berharap dan menasihati pihak Pakatan Harapan (PH) supaya berkempen dengan sebaik-baiknya mengikut lunas demokrasi.

"Kita berharap mereka dapat mengelakkan budaya fitnah-memfitnah dalam sebarang aktiviti, sekali gus memberi keharmonian yang lebih baik sepanjang kempen ini berlangsung," katanya.

Penamaan calon DUN Rantau hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, BN dan dua calon bebas.

Calon BN, Tok Mat yang juga Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh calon PH, Dr S Streram, serta calon Bebas R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/03/30/pas-kerah-jentera-seluruh-negara-bantu-tok-mat-di-prk-rantau/


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menempelak dan menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘gila’ selepas enggan mendedahkan secara umum laporan yang disediakan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Menurut Zaid, Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin bersama lima lagi ahlinya telah bekerja keras untuk menyediakan laporan tersebut yang mengandungi maklumat tentang penyalahgunaan kuasa dan perincian dalam tadbir urus kerajaan.

“Kita sepatutnya membaca dan membincangkan perkara ini tetapi kerajaan PH pula mengklasi­fikasikan laporan CEP di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 baru-baru ini. Kerajaan PH mesti gila kerana mereka sepatutnya telus untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kerahsiaan kerajaan sepatutnya terhad kepada perkara keselamatan yang penting sahaja. Jika pandangan enam ahli CEP mengenai pentadbiran dan ekonomi pun dianggap rahsia maka kita sudah tidak mempunyai harapan,” kata beliau di dalam laman Twitter rasminya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tindakan kerajaan PH untuk tidak mendedahkan secara umum laporan yang disediakan CEP akan menghampakan seluruh rakyat di negara ini.

Katanya, hal itu kerana langkah mengklasifikasikan laporan CEP di bawah OSA mencerminkan kerajaan hari ini tidak bersifat telus berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentangkan laporan berkenaan dan dibahaskan secara terbuka di Parlimen agar rakyat mengetahui segala maklumat yang telah terkandung di dalamnya.

“Rakyat menaruh harapan yang tinggi apabila Perdana Menteri membentuk CEP sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan yang baharu ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau mengingatkan kerajaan PH supaya mendedahkan laporan CEP secara umum sejajar dengan matlamat asal penubuhannya sebelum ini.

Menurut Dominic, tindakan kerajaan PH mengklasifikasikan laporan CEP di bawah OSA dilihat sebagai penyalahgunaan undang-undang dan mengkhia­nati kepercayaan orang awam.

“Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli CEP, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Tun Daim sendiri yang mencadangkan supaya laporan itu dibuat secara terbuka.

“Laporan ini penting untuk semua rakyat dan akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Rakyat dimaklumkan penubuhan CEP adalah untuk membantu kerajaan dalam perkara-perkara berkaitan ekonomi dan kewangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 23 Rejab 1440H, Sabtu – Keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) setaraf dengan STPM dan A-Levels, bagi membolehkan pelajar persendirian Cina membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) amat mendukacitakan.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah Kamarol Zaman kesal kerana tindakan itu jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, yang tidak pernah mengiktiraf UEC.

"Saya kira ini penghinaan kepada sistem perundangan negara apabila sistem pendidikan luar seperti Taiwan boleh menembusi profesion perundangan negara.

"Malah ia juga ketidakadilan kepada sesetengah institusi pengajian awam tempatan yang masih belum diiktiraf CLP," katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Semalam, Tommy yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia mengesahkan, CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap 'Senior Middle 3' bermula 1 Januari 2021.

Katanya, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yang diperoleh dalam 1 peperiksaan yang sama.

Tommy berkata, syarat berkenaan hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018.

Mengulas perkara itu, Thalhah tetap menyifatkan keputusan peguam negara sebagai membelakangkan Perlembagaan, lebih-lebih lagi ianya tidak selari dengan sistem undang-undang negara.

"Ini ternyata satu usaha jahat untuk menyamakan kedudukan UEC dan sistem pendidikan negara sedia. Pada masa sama ia adalah proses normalisasi UEC ke dalam pendidikan negara," katanya.

UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan serta Akta Pendidikan 1996.

Sebelum ini Dong Zhong – Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia – sudah sejak sekian lama berkeras mendesak kerajaan mengiktiraf UEC.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/03/30/iktiraf-uec-tommy-thomas-tak-hormat-perlembagaan/












SEREMBAN: PAS menafikan calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Mohd Nor Yassin adalah anggota parti itu.

Sebaliknya jelas Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, calon tersebut adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertainya sejak 10 Mac lalu.

“Saya telah membuat semakan bagi statua keahlian PAS Mohd Nor Yassin. Saya dengan ini mengesahkan Mohd Nor Yassin adalah bukan ahli PAS setelah beliau menyertai Amanah pada 10 Mac 2019,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Justeru katanya, Mohd Nor yang bertanding kerusi bebas merupakan anggota salah sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Mohd Nor semasa ditemui media selepas diumumkan sebagai salah seorang empat calon PRK DUN Rantau pagi tadi mengakui beliau pernah menjadi ahli Pas sebelum ini.

Selain beliau, ia turut menyaksikan seorang lagi calon bebas tampil untuk bertanding pada PRK DUN Rantau.

Mereka adalah dua calon bebas yang akan mencabar calon dari parti dominan, iaitu dari PH, Dr S Streram, dan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.



SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata penggunaan kereta rasmi kerajaan untuk tujuan kempen politik tidak salah berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata, kenderaan rasmi kerajaan yang diperuntukkan kepada seseorang individu boleh digunakan untuk semua tujuan.

Katanya, hanya kereta jabatan atau agensi kerajaan sahaja tidak dibenarkan digunakan dalam kempen politik, termasuk dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan.

"Tidak semestinya (berlaku kesalahan), sebab kita kena lihat siapa punya kereta.

"Kalau penggunaan kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan peribadi, kita tidak boleh buat apa-apa," katanya dalam sidang media selepas majlis pengumuman calon PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.

Katanya, kenderaan yang diperuntukkan kepada individu, termasuk menteri atau anggota exco untuk kegunaan peribadi tidak menimbulkan apa-apa masalah.

"Ada peruntukan, kereta yang disediakan kepada seseorang individu boleh digunakan sebagai rujukan kegunaan peribadi," katanya, dengan memberi contoh pengunaan aset kerajaan seperti yang berlaku dalam PRK Cameron Highland merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil.

Kereta rasmi dipercayai milik kerajaan negeri dilihat berada di lokasi pusat penamaam calon di SJK (C) Bandar Sri Sendayan sempena PRK Rantau, pagi ini.

Tinjauan FMT mendapati kereta berkenaan diletak di tempat parkir berdekatan kawasan penyokong Pakatan Harapan (PH) berkumpul.

Kenderaan berwarna hitam jenis Honda Accord itu kelihatan berada di situ seawal jam 7.45 pagi lengkap dengan gencana rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Selain kenderaan terbabit, FMT difahamkan beberapa kenderaan lain milik kerajaan, termasuk kenderaan rasmi timbalan speaker DUN dan seorang anggota Exco turut kelihatan di lokasi sama.

PRK Rantau pada 13 April depan diarah diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan penyandangnya, yang mewakili Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan, di kerusi itu dalam pilihan raya umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah.

Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April, selepas calon PH Dr S Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan oleh SPR.

PRK Rantau menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara Mohamad dan 3 lagi calon iaitu Streram yang mewakili PH dan 2 calon Bebas, Malar Rajaram dan Mohamad Nor Yassin.

SEREMBAN, 23 Rejab 1440H, Sabtu – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.

Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram dipertaruhkan untuk mewakili PH akan dicabar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili BN dan dua lagi calon Bebas.

Calon Bebas berkenaan ialah R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Terdahulu, pusat penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini dibuka pada jam 9 pagi dan proses mengemukakan borang pencalonan berjalan selama satu jam.

Mohamad adalah calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi, diikuti Malarvizhi (9.07 pagi) manakala Mohd Nor dan Streram pada pukul 9.08 pagi.

Terdahulu, Streram yang mengenakan kot hitam hadir diiringi Presiden PH yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran.

Mohamad pula diiringi beberapa pimpinan parti termasuk Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Proses penamaan calon menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad Hasan yang juga penyandang DUN Rantau selama tiga penggal sejak 2004 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14, terbatal dan tidak sah.

SPR menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 13 April manakala 9 April ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

DUN Rantau mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara.

Daripada jumlah itu, 55.11 peratus atau 11,283 adalah pengundi Melayu, Cina (18.80 peratus atau 3,849), India (26.06 peratus atau 5,336) dan lain-lain (0.02 peratus atau empat).

PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh selepas PRU14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) serta DUN Semenyih (2 Mac). – Bernama







SEREMBAN, 22 Rejab 1440H, Jumaat – Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan bermula esok, dengan calon utama dijangka antara Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua PKR Rembau, Dr S Streram.

Proses penamaan calon bagi pillihan raya kecil (PRK) DUN tersebut akan berlangsung selama sejam dari pukul 9 pagi esok di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan di sini sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terbatal dan tidak sah.

Dalam PRU 14, Mohamad, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram, seorang pakar bius yang menjadi calon harapan Pakatan Harapan (PH), dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas yang dikeluarkan SPR.

Setakat ini, kedua-duanya Mohamad dan Dr Streram telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu sebagai calon BN dan PH, masing-masing. Hari mengundi ialah pada 13 April dan pengundian awal akan diadakan pada 9 April.

Kawasan DUN Rantau mempunyai 29,926 pengundi berdaftar, yang terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir.

Daripada sejumlah itu, 11,283 pengundi atau 55.11 peratus adalah Melayu, 3,849 atau 18.80 peratus Cina, 5,336 atau 26.06 peratus India dan empat atau 0.02 peratus lain-lain bangsa.

Pengundi yang berusia antara 40 dan 59 tahun adalah seramai 8,538 orang atau 40.37 peratus, mereka yang berusia antara 21 dan 39, seramai 7,589 atau 36.26 peratus, dan yang berusia 60 dan lebih, seramai 4,799 atau 22.94 peratus.

Rantau adalah satu daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. PH kini memenangi 20 daripada kerusi tersebut manakala BN, 15.

PRK Rantau adalah PRK ketujuh sejak PRU14. Sebelum ini PRK diadakan bagi kerusi negeri Sungai Kandis (4 Ogos tahun lepas); kerusi-kerusi negeri Balakong dan Seri Setia (8 Sept tahun lepas); kerusi Parlimen Port Dickson (13 Oktober tahun lepas); kerusi Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) dan kerusi negeri Semenyih (2 Mac).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini mengeluarkan peringatan yang lazim dikeluarkan sebelum pilihan raya, ditujukan kepada semua bakal calon dan parti-parti politik yang bertanding, mengenai perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa pilihan raya.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata, mereka harus patuh kepada semua peraturan, undang-undang dan etika pilihan raya sepanjang sempoh berkempen, yang akan bermula selepas proses penamaan calon esok hingga pukul 11.59 malam 12 April.

Azhar Azizan berkata, sebarang kegiatan berkempen seperti menganjurkan jamuan makan dan pemberian hadiah dalam bentuk wang tunai dan barangan untuk memancing undi adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau juga berkata sebarang tindakan atau kenyataan yang membawa maksud menghalang seseorang pengundi daripada menunaikan haknya untuk mengundi secara bebas, juga satu kesalahan.

Azhar Azizan menasihati mereka yang berkempen agar mematuhi etika untuk memelihara keharmonian masrakat.

"Mereka harus patuh kepada arahan-arahan pihak berkuasa, terutama SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan pelanggaran mana-mana peraturan pilihan raya, dinasihati melaporkannya kepada pihak berkuasa," kata beliau. – Bernama







SETIU, 28 Mac - Terengganu berjaya menanam 1.2 juta batang pokok dalam program inisiatif penanaman lima juta pokok sekali gus melepasi sasaran untuk menanam sebanyak 800,000 batang pokok setahun di seluruh negeri pada 2018.

Pengarah Perhutanan negeri, Mohd Rahim Rani berkata, Kempen Menanam 26 Juta Pokok yang telah dilancarkan pada April 2010 terbukti telah berjaya apabila hampir 42.7 juta pokok telah ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Daripada jumlah itu, Terengganu berjaya menyumbang hampir 261 ribu pokok sepanjang ia mula dilaksanakan bermula 2010.

"Kita berjaya melepasi sasaran pada tahun lepas melalui kerjasama semua pihak termasuklah agensi-agensi awam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar-pelajar sekolah dan universiti serta masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Peringkat Negeri Terengganu 2019 "Hutan dan Pendidikan" di Dewan Universiti College Bestari (UCB), di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.

Pada majlis yang sama, sebanyak 1,000 anak pokok yang terdiri daripada pokok buah-buahan seperti durian belanda, jambu bertih dan manggis diberikan kepada ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Setiu untuk dibawa balik dan seterusnya ditanam di kawasan awam seperti kawasan balairaya, masjid dan sebagainya.



Mengenai isu pembalakan haram, Mohd Rahim berkata, pihaknya juga meningkatkan penguatkuasaan termasuk pemantauan berkala bagi mengawal kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan simpan di negeri ini.

Tambahnya, Terengganu mempunyai seluas 542 ribu hektar Hutan Simpan Kekal untuk dipulihara dan dikekalkan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya.

"Pihak kami sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam memastikan hutan simpan yang ada harus dilindungi sepenuhnya.

"Ia demi menjaga kelestarian, kepelbagaian biologi hutan, di samping potensi untuk pendapatan daripada sektor eko-pelancongan berasaskan alam sekitar," katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Azman berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8.87 juta kepada Jabatan Perhutanan negeri untuk melaksanakan sepuluh program utama pembangunan hutan secara berkekalan di Terengganu pada tahun 2019.

"Ia bagi memastikan usaha-usaha pembangunan dan pemuliharaan hutan yang berkesan selaras dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan supaya khazanah ini sentiasa terpelihara," katanya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/03/terengganu-lepasi-sasaran-tanam-semula.html

KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Yakin pada kemampuan diri serta tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa adalah kunci untuk mencapai kejayaan.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan dalam pelajaran memerlukan komitmen dan semangat juang yang tinggi kerana ia tidak dapat dicapai dengan mudah.

Ujarnya, setiap pelajar yang melangkah ke menara gading pastinya akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sama ada daripada luar ataupun dalam diri sendiri.


"Anak-anak akan belajar di universiti-universiti sama ada dalam atau luar negara, asas yang pertama adalah jangan merasa puas hati dengan pencapaian semasa.

"Kemudian, kita yang datang dari negeri Terengganu ini haruslah mampu untuk membuktikan bahawa kita mampu, orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat untuk mencapai kecemerlangan.



"Keyakinan pada diri masing-masing, 'self determination', 'perseverance' dan 'full commitment' adalah kata kunci yang penting dalam hidup kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2018 & Sumbangan Program-Program Pendidikan 2019 di Dewan Auditorium, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Naib Presiden & Pengarah Kewangan ExxonMobil Exploration and Production, Ernest Miller, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Dr. Norazah Mohd Nordin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Rosman Roslan.

Ahmad Samsuri turut berkata, cabaran yang diharungi di alam kampus memerlukan semangat jitu dan usaha yang berterusan pada setiap masa.

"Kadang kala usaha itu perlu dilakukan berkali-kali (apabila ada halangan mengagalkan kita).

"Ini perlukan usaha berterusan, jatuh sekali kena bangun segera, jangan biar jatuh itu menyebabkan kita tak bangun," tambah beliau.



SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan permulaan undang-undang. SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan permulaan undang-undang Syariah di Bandar Seri Begawan pada 2013. - AFP

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pelaku zina dan homoseksual di Brunei akan dikenakan hukuman direjam dengan batu sampai mati bermula minggu depan di bawah undang-undang Syariah yang tertangguh selama empat tahun susulan kritikan pelbagai pihak.

Seperti biasa, kumpulan hak asasi manusia memberikan maklum balas negatif terhadap langkah terbaharu negara yang kaya dengan hasil minyak itu, yang dikatakan mengamalkan undang-undang Islam paling ketat berbanding negara jiran, Malaysia dan Indonesia.

Negara itu akan melaksanakan Kanun Keseksaan baharu, yang juga menetapkan hukuman amputasi (potong) tangan dan kaki bagi kes curi, Rabu depan.

Homoseksual telah termaktub sebagai menyalahi undang-undang di Brunei dan sekarang menjadi kesalahan yang membawa kepada hukuman mati.

Undang-undang itu bagaimanapun hanya terpakai kepada orang Islam.

Penalti baharu untuk kecurian adalah potong tangan kanan untuk kesalahan pertama, dan kaki kiri untuk kesalahan kedua.

Amnesty International mendesak Brunei untuk menghentikan pelaksanaan hukuman baharu itu.

Satu notis daripada Jabatan Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember tahun lalu menjelaskan peruntukan hukuman baharu berkenaan akan berkuat kuasa pada 3 April ini.

Brunei pertama kali mengumumkan langkah-langkah perundangan Syariah pada 2013 tetapi pelaksanaannya telah ditangguhkan bagi membolehkan para pegawai pelaksana membuat butir-butir praktikal selain mendapat tentangan kumpulan hak asasi manusia.

Di bawah peralihan ke arah undang-undang Islam, Brunei pada 2015 mengharamkan perayaan Krismas kerana bimbang umat Islam di sana akan terpesong akidah.

Larangan yang diwartakan hanya khusus untuk mereka yang beragama Islam, selain larangan meraikan perayaan itu di tempat terbuka bagi mengelakkannya turut sama diraikan umat Islam. – AFP

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelaku-zina-homoseksual-8232-di-brunei-8232-direjam-1.871109#ixzz5jTrkJNyl


© Utusan Melayu (M) Bhd










Virus-free. www.avg.com


KUALA LUMPUR 28 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Ronald Kiandee perlu ditukar serta-merta tanpa sebarang penangguhan, selari dengan mekanisma semak dan imbang jawatankuasa itu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, anggota PAC bertanggungjawab untuk menyemak akaun awam dan menjalankan siasatan terhadap sebarang salah laku pentadbiran kerajaan yang dilaporkan oleh Ketua Audit.

"Sejak Parlimen ke-11 pada tahun 2004 lagi, Pengerusi PAC dan Timbalan Pengerusinya disandang oleh wakil kerajaan dan pembangkang. Ia bagi memastikan wujudnya keseimbangan dan membolehkan jawatankuasa untuk memantau serta mengenalpasti kesilapan tadbir urus pentadbiran," kata Presiden MCA itu melalui hantaran di facebooknya.

Namun, kata Ka Siong. sejak Ronald melompat parti daripada UMNO menyertai Bersatu, kedua-dua jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PAC dalam Parlimen ke-14 ini dikuasai parti pemerintah.

"Inilah kali pertama senario ini berlaku dalam tempoh 15 tahun. Memetik kata Nurul Izzah, inilah kerosakan sistem dan institusi Parlimen telah mengundur ke tahun 2004." katanya.

Justeru, kata beliau, Pengerusi PAC harus diganti serta-merta bagi menegakkan keadilan dan intergriti seterusnya berupaya untuk memantau serta mengenalpasti salah laku pentadbiran.

Katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming nampaknya tidak faham dengan bidang kuasa dan intergriti PAC apabila tidak mahu menukar Ahli Parlimen Beluran itu secara serta-merta. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/pengerusi-pac-perlu-ditukar-serta-merta-1.871777#ixzz5jTsnUfxS



Abdul Hadi adakan kunjungan hormat ke Ibu pejabat MIC
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG (kanan) bersalaman dengan Vigneswaran ketika mengadakan kunjungan hormat di ibu pejabat MIC di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 28 Mac - Isyarat pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama ditunjukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengadakan kunjungan hormat ke Ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau amat berbesar hati apabila disambut penuh kemesraan oleh Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran serta kepemimpinan tertinggi parti yang lain.

"Saya menghargai keterbukaan yang ditunjukkan oleh Vigneswaran dan berharap agar hubungan ini dapat dieratkan dengan kerjasama yang berterusan demi kebaikan serta keharmonian semua kaum dalam negara.

"Salam perpaduan. Vanakkam!", kata beliau dalam laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Kenyataan yang dimuat naik Abdul Hadi turut mendapat maklum balas daripada Setiausaha Penerangan MIC, C.A. Subash yang meninggalkan komen positif dalam laman Facebook rasmi Presiden Pas itu.

"Kunjungan hormat oleh barisan kepimpinan yang diketuai oleh Abdul Hadi ke Ibu pejabat MIC disambut oleh Vigneswaran dan barisan kepemimpinan beliau.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan ini. Pas untuk semua!," katanya. -UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/salam-perpaduan-vanakkam-1.871851#ixzz5jTtf1dSe

KUALA LUMPUR: MIC secara rasmi mengesahkan bekerjasama dengan PAS dalam pelbagai aspek demi kepentingan rakyat di negara ini.

Pengumuman tersebut disahkan oleh Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran pada program kunjungan hormat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke bangunan MIC di Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Kunjungan Presiden PAS disertai Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timbalan DMPM, Dr Rosni Adam, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam, dan beberapa lagi kepimpinan PAS Pusat ke bangunan MIC telah disambut meriah oleh Vigneswaran, Timbalan MIC, Datuk Seri M. Saravanan bersama barisan kepimpinan MIC.

Menceritakan lawatan pertama kali beliau ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut untuk bertemu dengan Tuan Guru Abdul Hadi, Vigneswaran berkata persepsi beliau terhadap PAS berubah serta-merta.

"Persepsi saya sebagai seorang yang telah berjumpa dan bercakap dengan Presiden PAS berubah dan pendapat saya bertukar pada hari itu.

"Saya berpendapat begini selepas mendengar penjelasan daripada Presiden PAS ini sendiri bahawa PAS memang sebuah parti yang politik dan juga parti yang berpegang teguh kepada kefahaman Islam.

"Tetapi yang menghormati prinsip perlembagaan Malaysia di mana Islam adalah agama Persekutuan dan lain-lain agama diberi kebenaran untuk mengamalkan ajaran mereka.

"Ujar Presiden PAS, kita (PAS) tidak pernah merobohkan mana-mana kuil di bawah pemerintahan kerajaan PAS seperti di Kelantan. Patung Buddha yang besar ada di Kelantan," katanya.

Tambah beliau, hasil pertemuan itu beliau juga mendapati bahawa tuduhan oleh parti-parti yang pernah bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti radikal adalah persepsi yang salah.

"Ini satu sejarah yang baru di mana bukan hanya parti MIC telah membuat keputusan tetapi parti PAS dengan kebenaran Tuan Guru Abdul Hadi telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MIC," katanya.

Beliau turut berbesar hati menerima jemputan dari pimpinan tertinggi PAS itu untuk hadir ke Muktamar Tahunan PAS yang bakal berlangsung tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 28/3/2019



KEMAMAN, 21 FEBRUARI - Pejabat Dewan Undangan Negeri telah mengadakan Program Pemantapan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan Undangan Negeri pada 21 Februari hingga 23 Februari bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC). 

Yang Dipertua Dewan ingin merakamkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Setiausaha DUN, Ahli-ahli Panel dan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan Program Pemantapan DUN Terengganu yang berakhir tadi. 


Dengan adanya program seperti ini banyak maklumat dan informasi yang dapat dikongsikan dan dibincangkan bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Dewan. Para kakitangan telah dipecahkan kepada empat kumpulan bagi melontarkan pandangan dan idea untuk menambahbaik pengurusan yang sedia ada. 


MARANG, 22 Mac - Seramai 4.79 juta pelancong berkunjung ke Terengganu tahun lalu berbanding 4.8 juta orang tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kehadiran pelancong tahun lalu kurang sedikit jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya yang berjumlah 4.8 juta orang.

"Kekurangan dikira 0.1 peratus sahaja, tidak banyak dan kajian kedatangan pelancong dibuat dari Januari sehingga Disember setiap tahun.

"Kita (kerajaan negeri) buat kajian dari setahun ke setahun dan angka itu tidak diambil kira jumlah pelancong yang menginap di 'homestay' atapun rumah tumpangan yang cukup banyak di negeri Terengganu, " katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional Terengganu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Madah, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, jika dikira jumlah penginapan pelancong di homestay dan rumah tumpangan, kedatangan pelancong ke Terengganu dipercayai melebihi 4.8 juta orang tahun lalu.

"Dalam kajian kerajaan, kekurangan kedatangan pelancong berlaku dalam bulan Januari dan Februari kerana dalam bulan-bulan berkenaan, pulau peranginan ditutup, tidak dibenar kepada sesiapa pun menjalankan aktiviti pelancongan akibat musim tengkujuh melanda Terengganu setiap tahun," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, mulai bulan Mac tahun ini, sempena cuti sekolah, tempahan tempat penginapan secara dalam talian agak membanggakan berbanding tahun lepas.



"Bulan April tahun lepas kehadiran pelancong ke Terengganu berkurangan kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 bermula," jelasnya.

Menyentuh soal pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, katanya, peruntukan untuk pembangunan pelancongan di Pulau Bayas dan Pulau Poh diluluskan dengan bajet RM30 juta daripada kerajaan negeri.

"Kita ada bajet tambahan RM2 juta lagi untuk pembangunan tempat-tempat pelancongan keseluruhannya dan kita akan guna sepenuhnya peruntukan tersebut," ujarnya.


KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi menjemput pimpinan MIC ke Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan pada 21 Jun nanti di Kuantan.

Jemputan tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan kepada pimpinan MIC dalam lawatan muafakat parti itu ke ibu pejabat MIC di sini, hari ini.



Antara pimpinan PAS yang hadir dalam lawatan tersebut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khiruddin;; Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam; Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Balasubramaniam Nachiappan dan Ketua Penerangan DHPP, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan.

Barisan pimpinan MIC yang hadir Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran; Timbalan Presiden, Dato' Seri M. Saravanan; Naib Presiden, Datuk T Mohan dan beberapa pimpinan yang lain.

Sementara itu, Takiyuddin juga turut menjelaskan kepada pimpinan MIC bahawa kerjasama PAS dan Umno bukan perkauman tetapi menentang agenda yang tidak baik yang dibuat oleh musuh. – HARAKAHDAILY 28/3/2019




KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berang apabila perkataan Taliban disebut dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, terutama perkataan itu seolah-oleh merujuk kepada beliau.

Perkataan itu disebut oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) apabila ditanya Kor Ming apakah soalan sebenar ditujukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng setelah Ahli Parlimen UMNO tersebut mahu tahu adakah kerajaan akan meningkatkan pemberian bantuan golongan bujang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Mungkin pertanyaan Khairy itu dirasakan berbentuk politik, Kor Ming bertanya kembali apakah soalan sebenar kepada Guan Eng.

“Yang Berhormat Rembau, apa soalan?” tanya Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu ketika sesi soal jawab.

“Adakah sempena dengan PRK Rantau. Ada masalah (pemahaman), Taliban,” balas Khairy.

Kor Ming serta merta meminta Khairy menarik balik perkataan Taliban dan Khairy akhirnya menarik balik perkataan tersebut sambil bertanya kembali adakah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempunyai masalah untuk memahami soalannya.

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan Khairy itu cuba mencetuskan provokasi.

Beberapa minggu, Kor Ming dalam satu majlis di Taiping, Perak dilaporkan berkata, kerjasama UMNO dan PAS akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekaligus memecah belahkan rakyat.

Kata-kata beliau itu mengudang reaksi panas yang mengecam kenyataannya. – UTUSAN ONLINE


Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah meninggal dunia
Tarikh kemaskini: 28/03/2019


SANDAKAN, 28 Mac (Bernama) – Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Seorang anggota sayap Wanita DAP Sabah memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Wong, 64, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke hospital itu apabila mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir di hospital berkenaan pagi tadi.

Mendiang memulakan pendakian kira-kira 6.30 pagi tadi bersama sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.

Wong, yang juga Pengerusi DAP Negeri, merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada Mei lalu.

-- BERNAMA




KUALA LUMPUR – PAS does not ban alcohol for non-Muslims, and will never do so should it manage to hold federal power, said its secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan.

“I want to make it very clear now, no ban for liquor for non-Muslims in Kelantan and Terengganu, which are ruled by PAS,” said Takiyuddin at the Parliament lobby today.

“It is not our desire or policy to ban alcohol if we become part of the federal government. From Islam’s perspective, alcohol is allowed for non-Muslims. That much is clear,” he said.

Takiyuddin was commenting on a recent news article which he said suggested the Islamist party intends to ban alcohol if it takes over, in reference to how PAS started to influence the government to ban alcohol in the 1970s.

The alcohol ban is only for the federal government’s official functions, responded Takiyuddin.

“As a result of PAS being together with Parti Perikatan [which ruled in the 1970s], the government stopped serving of alcohol and organising dance gala during its official functions.

“In Kelantan, where we have ruled for 29 years, the state government has never banned selling and consumption of alcohol among non-Muslims in the state,” said Takiyuddin.

“There are many licences and permits produced by local authorities to restaurants. Similarly in Terengganu in 1999 and currently,” he added.-The Edge




CHRISTCHURCH, 21 Rejab 1440H, Khamis – Sumbangan yang mencurah-curah untuk keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di sini hampir dua minggu lalu, yang dikutip satu badan antarabangsa yang ada kaitan dengan ahli perniagaan kontroversi, Zhang Yikun, sepatutnya dipulangkan, kata pergerakan wanita Islam di sini.

Yikun yang pernah terbabit dalam skandal sumbangan Jami Lee-Ross, sebelum ini merayu kutipan derma berjumlah RM8.6 juta untuk mangsa masjid Christchurch, dalam satu majlis Cina Teochew di Auckland, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Auckland, Phil Goff menerima cek bernilai RM2 juta daripada mereka yang hadir dan diminta menyerahkannya kepada komuniti muslim Christchurch.

Jumlah itu kemudian meningkat berkali ganda apabila masyarakat Cina Teochew di seluruh dunia turut memberi sumbangan kewangan.

Namun, Rangkaian Kepemimpinan Khadija (KLN), menggesa sumbangan itu dipulangkan, atau diserahkan bagi membantu etnik muslim Uyghur yang dianiaya di wilayah Xinjiang di barat China.

Kira-kira sejuta individu muslim etnik Uyghur ditahan, dan ditempatkan di pusat tahanan serta pemulihan di wilayah itu, sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan pemantau hak asasi manusia.

KLN adalah rangkaian pertubuhan wanita muslim yang ditubuhkan 18 bulan lalu, dan mempunyai 2,000 ahli di New Zealand, Australia dan United Kingdom.

Pengasas KLN, Tayyaba Khan memberi alasan mudah kenapa sumbangan itu perlu dipulangkan.

"Kami sudah memperolehnya. Ianya sudah cukup. Jika kita tidak mahu Islamophobia di sini, kita juga tidak mahu ia berlaku di tempat lain.

"Ianya lebih menggembirakan untuk melihat komuniti Cina mengumpul wang untuk mengatasi masalah (etnik Uyghur) di China," katanya.

Setakat ini, lebih RM34.6 juta sudah dikutip menerusi laman rasmi Victim Support Givealittle, dengan pelancaran kempen kutipan 'Launch Good' sahaja memperoleh lebih RM10 juta, untuk membantu keluarga dan mereka yang terjejas akibat serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di sini, pada Jumaat dua minggu lalu.

"Ini adalah peluang bagi umat Islam New Zealand untuk menunjukkan kepimpinan," kata Tayyaba Khan.

Dalam surat kepada Persekutuan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ), KLN berkata, sumbangan daripada Teochew menunjukkan sikap mereka yang sangat tulus ikhlas.

"Bagaimanapun, kami meminta wang itu tidak diberikan kepada komuniti muslim di New Zealand, sebaliknya diberi kepada etnik muslim Uyghur yang berdepan pembersihan dan penahanan di China.

"Walaupun kita faham bahawa derma itu bukanlah wang kerajaan China, kita tetap percaya bahawa dia (Zhang Yikun) mendapat bantuan komuniti, yang boleh diterima oleh orang Islam, untuk menolak Islamophobia, dan menghentikan penganiayaan terhadap umat Islam di seluruh dunia," kata KLN.

FIANZ dan Datuk Bandar Auckland bagaimanapun, belum memberi maklum balas berhubung permintaan itu.

Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam FIANZ, Anwar Ghani berkata, pihaknya sekarang ini memberi keutamaan memastikan kesejahteraan keluarga dan mangsa serangan itu.

"Perbincangan akan diadakan untuk mencari jalan terbaik bagaimana dana itu akan disalurkan," katanya.

Permintaan supaya kutipan derma Teochew itu diberi kepada etnik Uyghur dibuat susulan rancangan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, melawat China.

Tayyaba Khan berkata, sama ada sumbangan itu akan diberi kepada etnik Uyghur atau tidak, juga adalah soalan yang relevan, kerana ia membabitkan rejim politik China.

"Tetapi ia adalah penting untuk cuba melakukan sesuatu yang betul dan mengatasi Islamophobia di mana sahaja di dunia ini, bukan sahaja di New Zealand," katanya. – Agensi


“JIKA saya tidak dapat membayar mereka, mereka menuang air mendidih pada kepala dan badan saya.”

Itu kata-kata seorang pelarian Rohingya, Rahim Ullah, yang terselamat daripada penderaan ‘ejen’ yang berjanji membawa mereka meninggalkan negara asal mereka bagi mencari kehidupan baharu di Malaysia dan Thailand.

Situasi mereka diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila ‘ejen’ yang kononnya mahu membela nasib etnik Rohingya rupa-rupanya merupakan sindiket pemerdagangan manusia yang bukan sahaja mendera mereka, malah menjadikan mereka sebagai kuli paksaan di kem terpencil di sepanjang sempadan Malaysia – Thailand.

Penyeludup tersebut menyumbat pelarian dalam kapal penangkapan ikan dan tidak memberikan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi kepada mereka.

Dalam sesetengah kes, ada juga yang merogol dan membunuh mereka.

Jika ingin dibebaskan, mereka perlu membayar wang tebusan sebanyak RM6,800 seorang.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Fortify Rights yang berjudul ‘Sold Like Fish’ mendokumentasikan bagaimana penyeludup tersebut membunuh dan menyebabkan kematian ramai pelarian serta menanam mayat mereka dalam kubur beramai-ramai.

“Terdapat kematian setiap hari. Ada hari yang ramai, ada hari yang kurang. Tetapi ada kematian pada setiap hari,” kata wanita etnik Rohingya, Noor Begum, yang terselamat daripada kem pemerdagangan manusia yang mengerikan itu.

Pada April 2015, pihak berkuasa Thailand menemui 30 mayat yang dipercayai mangsa pemerdagangan etnik Rohingya dan Bangladesh di kubur beramai-ramai di kem sementara berdekatan sempadan Malaysia.

Sebulan kemudian, Polis Diraja Malaysia menemui 139 kubur dan 28 kem yang disyaki terlibat dalam sindeket tersebut di Wang Kelian, Perlis, Malaysia.

Pesuruhjaya SUHAKAM, Jerald Joseph menegaskan bahawa mangsa yang terlibat dalam sindiket ini banyak menderita dan kenayah sebegini tidak patut berlaku di Malaysia.

“Laporan ‘Sold Like Fish’ menyediakan bukti baharu dan kita berharap ia dapat memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa, menghukum penjenayah dan mampu membawakan pembaharuan dasar bagi mengukuhkan respons Malaysia dan serantau terhadap isu pemerdagangan manusia,” tegas Joseph.

‘Sold Like Fish’ merupakan laporan berdasarkan penyiasatan yang dijalankan bertahun-tahun yang merangkumi temu bual dengan 270 saksi, mereka yang terselamat, penjenayah dan pegawai kerajaan dari 2013 hingga 2019.

Ia mendokumentasikan jenayah pemerdagangan manusia terhadap pelarian wanita, lelaki, kanak-kanak di laut dan di kem pemerdagangan manusia di Malaysia dan Thailand.



KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 2 April, 2019.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, TNB berkata Amir Hamzah, 51, akan menggantikan Datuk Seri Ir Azman Mohd yang akan meletak jawatan pada 31 Mac, 2019.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan dengan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dari 2010 hingga 2016, termasuk sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd selain Naib Presiden (Pemasaran Hiliran) dan Naib Presiden (Perniagaan Pelincir) Petronas.

Semasa dagangan ditutup pada Rabu, saham TNB meningkat enam sen kepada RM12.58 dengan 1.69 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA


GAZA MENANGIS LAGI DAN KITA WAJIB PEDULI!

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Hari ini masuk hari ketiga kota Gaza dibedil oleh regim zionis, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al Quds. Gaza adalah penjara terbesar di atas dunia ini, dengan kepadatan penduduk seramai dua juta jiwa, tiada ruang selamat untuk berlindung jika seranga  udara dihalakan kepada batas jalur yang sempit ini. Tembok tinggi simen, juga jalur pantai mengepong wilayah yang menjadi kubu HAMAS ini, apatah lagi nasib umat Islam Palestin ini yang berjiran dengan Mesir yang tolol dan sekutu kuat US serta Israel. Bedilan udara zionist meratah jasad manusia yang tak berdosa serta melanggar konvensyen Geneva. Al Qassam, sayap tentera HAMAS juga melakukan tindakbalas semerta termasuk berjaya menyerang bandar dan wilayah Askeelon disebelah Israel.

Pertembungan antara Islam dengan kelompok Yahudi adalah melalui denai sejarah yang panjang. Di zaman ar Rasul SAW, kelompok Yahudi Bani An Nadhir, Bani Qainuqa', Bani Quraizah telah mengkhianati baginda yang mulia, sehingga kemuncaknya berlaku peperangan Khaibar pada bulan Muharram tahun tujuh hijrah.

Di zaman moden kelompok Yahudi telah menubuhkan gerakan zionist pada tahun 1897 di Bassel, di mana 300 orang sarjana Yahudi yang dipimpin oleh Teodor Hezl telah mengagaskan matlamat dan nuansa kelompok Yahudi yang bercita-cita menguasai dunia. Matlamat mereka mewujudkan "The greater Israel", mereka ingin menjadikan Palestin sebagai pusat pemerintahan dan menguasai Baitul Maqdis.

Cita-cita ini didokong oleh Empayar Pax Britanica, British meluncurkan Perjanjian  Balfour dan seterusnya Perjanjian Porthmouth. Khilafah Islam yang terakhir, khilafah Uthmaniah telah menjaga setiap inci tanah suci umat Islam ini dengan airmata dan darah. Peperangan antara Tentera British yang dipimpin oleh Sir Lord Allenby dengan tentera Islam Khilafah Uthmaniah telah menyaksikan kemenangan empayar British pada tahun 1917.

Cita-cita Zionist semakin terbuka dengan kemenangan Sekutu mereka, British dalam peperangan merebut tanah Palestin. Impian ini semakin terbentang luas untuk digapai apabila berlakunya kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada Mac 1924. Gerakan Islam menjadi benteng paling hadapan menentang kewujudan negara Israel yang diimpikan oleh Zionist.

Sheikh Izzudin Al Qassam terbujur syahid pada tahun 1935 dalam perlawanan menentang British yang menjajah Palestin. Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh Hasan al Banna telah menggerakkan kempen besar-besaran untuk menyelamatkan Palestin dan Baitul Maqdis. Kemuncaknya perang di Palestin pada tahun 1948 menyaksikan lebih 10 000 anggota-anggota Ikhwanul Muslimin bertempur di Tanah Suci ketiga umat Islam ini, sehingga mereka dikhianati oleh pemerintah Mesir (dipanggil pulang ke Mesir dan dipenjarakan).

Umat Islam Tanah Melayu dalam sejarahnya tidak menyepikan diri dalam isu bumi israk ini. Pada tahun 1935, Dr Burhanuddin al Helmy telah mendekam di penjara Palestin akibat menyertai bantahan terhadap British yang ingin mewujudkan sebuah negara haram kepada orang Yahudi di tanah Palestin. Almarhum sekali lagi di penjarakan oleh British di Singapura pada tahun 1937 kerana memprotes sikap British dalam isu Palestin dalam akhbar "Taman Bahagia".

Hizbul Muslimin, ormas yang bertujuan menentang British dan menegakkan pemerintahan Islam di Tanah Melayu juga dalam himpunan mereka di Maahad Ehya as Sharif Gunung Semanggol pada Mac 1948 telah mengemukakan usul menyelamatkan Palestin. Jawatankuasa menyelamatkan Palestin dipengerusikan oleh Dr Burhanuddin al Helmy, menyiapkan memo bantahan kepada PBB dan juga menjalankan kempen menyelamatkan Baitul Maqdis.

PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1951, sentiasa memberikan kesedaran kepada rakyat untuk peka akan nasib Palestin. Dr Burhanuddin al Helmi, sebagai ideologue PAS dalam tahun 50an dan 60an tidak pernah menyepikan isu Baitul Maqdis. Beliau menyebut dengan jelas dalam ucapan Dasar Yang DiPertua PAS, bagaimana kewujudan Israel adalah duri dalam daging kepada umat Islam di Asia Barat, bahkan kepada umat Islam di seluruh belahan dunia. Begitulah sejarah yang terakam dalam kepimpinan PAS, merasa berbahagi kepedihan dengan rakyat Palestin yang ditindas.

PAS menghantar pelbagai misi bantuan kepada umat Islam Palestin, mengadakan pelbagai seminar, wacana, diskusi intelektual, forum bagi menyelamatkan Palestin. HAMAS menjadi teman baik PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmad Yasin, diundang ke Ijtimak Alami yang diadakan di Rusila pada tahun 1988. Dalam Parlimen, ahli-ahli legislatif PAS mengemukan usul berkaitan nasib Palestin.

Krisis yang berlaku di Asia Barat adalah usaha jahat Amerika dan Zionis untuk melakarkan peta berdarah baru bagi menggantikan Perjanjian Sykes Picot 1916. Makar ini sebenarnya bagi menjamin keutuhan dan keselamatan negara haram Israel bagi menguasai sepenuhnya sumber tenaga "emas hitam", termasuk menguasai laluan strategik perairan dan juga udara, Obses dengan pelaburan dan monopoli pasaran Asia Barat.

Gerakan Islam jangan larut dengan pelbagai polemik dan intriq, hanya disibukkan dengan wacana kekuasaan. Antara tugasan besar mereka ialah mengembalikan semula Baitul Maqdis, memperjuangkannya dengan konsisten, termasuk melibatkan sama pelbagai jaringan sivil untuk sama-sama membebaskan tanah Palestin.

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget