Wanita diserang, disamun dalam lif MRT di Cheras





KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek warga tempatan mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata mangsa mengalami kecederaan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.

"Barangan milik mangsa yang hilang dalam kejadian itu adalah kad pengenalan, kad bank serta wang tunai RM400.

"Polis merakam percakapan 3 saksi bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdurasi 57 saat memaparkan tindakan suspek memukul mangsa tanpa belas kasihan di dalam lif tular dalam laman sosial hari ini.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget