NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Universiti Malaya ke 55 terbaik di Asia Pasifik

Kedudukan universiti Malaysia dalam senarai dunia dan Asia Pasifik
KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia (UM) berjaya meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education bagi universiti terunggul Asia Pasifik apabila berada di tangga ke 55 bagi 2019, berbanding kedudukan ke 61 pada 2018.

UM bersaing dengan lebih 300 universiti dari 13 buah negara di Asia Timur, Asia Pasifik dan Australasia

Kedudukan itu menggunakan indikator pengukur sama seperti digunakan dalam Kedudukan Universiti Dunia 2019.

Bagaimanapun, pemberat ukuran dalam penentuan setiap kriteria diselaras untuk lebih mencerminkan profil lebih muda oleh sesetengah universiti di rantau ini.

Jepun menjadi negara dengan penyenaraian universiti terbanyak iaitu 103 universiti manakala China pula melibatkan 72 universiti.

Tahun ini menyaksikan perubahan untuk keududkan pertama bagi rantau Asia Pasifik apabila Tsinghua Universiti, China menduduki tempat pertama.

Ia merampas kedudukan yang dihuni National University of Singapore yang jatuh ke tempat kedua.

10 universiti terunggul Asia Pasifik

Tsinghua Universiti pernah menjadi institusi pegajian bagi Presiden Xi Jinping, Hu Jintao dan Zhu Rongji.

Terletak di Barat Laut Beijing, daerah Haidan, ia mempunyai 20 buah fakulti, dan 110 persatuan pelajar.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/universiti-malaya-ke-55-terbaik-di-asia-pasifik-199279

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo