NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi Tidak Percaya: Jaminan Presiden Amanah Gagal Yakinkan Tun Dr Mahathir?

Oleh: Dr Kamarul

Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, mengeluarkan satu kenyataan media yang menyebut bahawa isu undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir adalah “khabar angin (yang) sengaja dimainkan parti lawan”, “tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir” serta “AMANAH dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Harapan sentiasa teguh di belakang Tun Dr Mahathir”.

Bagaimanapun, jawapan ringkas Tun Dr Mahathir kepada soalan wartawan yang menanyakan beliau mengenai isu ini hari ini, iaitu bahawa “saya tunggu dan lihat kalau ada undi tidak percaya” dan “saya akan tengok sama ada PAS akan sokong saya atau tidak”, membayangkan bahawa Tun Dr Mahathir gagal diyakinkan oleh jaminan Presiden AMANAH ini dan tidak menolak kemungkinan undi tidak percaya ini dibuat.

Kita tunggu jika ada jaminan sama dari Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP serta jika jaminan dari Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP akan lebih mampu untuk meyakinkan Tun Dr Mahathir bahawa undi tidak percaya ini tidak akan dibuat.
( Hide )
  1. geng mat sabu ni, kalau perjuangan menegakkan islam mereka boleh khianati, adalah merupakan sesuatu yang mudah dan remeh jika mereka hendak mengkhianati tun dr dr mahathir

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo