UMMAH berhimpun tuntut kerajaan bertindak tegas kepada penghina agama






BANGI, 23 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bakal mengadakan himpunan aman di Masjid Negara selepas solat Jumaat esok, bagi menuntut kerajaan bertindak tegas kepada penghina-penghina agama yang semakin berleluasa kini.

Pengerusi UMMAH, Hj Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya ingin meminta kerajaan terutama pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melaksanakan langkah yang lebih baik bagi membendung perkara-perkara sedemikian.

"Kita nak beritahu juga isu kerharmonian kaum selalu diganggu-gugat oleh bukan Islam. Ini perkara sensitif dan mereka perlu lebih peka.

"Jika tidak ada perubahan maka kita tak teragak-agak untuk buat himpunan yang lebih besar daripada esok," katanya kepada Ismaweb.net.

Pada masa sama, Aminuddin yang juga merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengharap agar Majlis Raja-raja dapat memainkan peranan kerana isu agama ini di bawah kuasa raja-raja.

Sebelum ini, beberapa individu tidak bertanggungjawab dilaporkan telah bertindak melampau menghina Nabi Muhammad ‎ﷺ secara terbuka sehingga mengundang kemarahan umat Islam.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget