NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kemasukan RM90 juta, PAS hargai SPRM



PAS mengucapkan terima kasih dan menghargai pengesahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, di Kuala Terengganu hari ini bahawa hasil siasatan SPRM menunjukkan tiada kemasukan sejumlah RM90 juta ke dalam Akaun PAS daripada mana-mana pihak termasuk yang ditohmahkan daripada 1MDB.

Pengesahan ini sekali gus membuktikan segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak sama ada dari luar mahupun dalam negeri berkenaan perkara tersebut adalah suatu pembohongan, fitnah liar dan perancangan jahat berbentuk "mala fide‟ bertujuan memburukkan imej dan integriti PAS terutama menjelang PRU14 yang lalu.
Justeru itu PAS menyeru semua pihak agar dapat menerima pengesahan daripada SPRM ini sebagai suatu fakta sahih yang dibuat hasil siasatan yang telus, profesional dan dengan “without fear or favour” kepada mana-mana pihak.

PAS juga menggesa agar isu ini dihentikan dengan segera dan PAS 'mereservekan’ haknya untuk mengambil segala tindakan mengikut undang-undang sekiranya ada lagi pihak yang meneruskan fitnah seumpamanya terhadap PAS.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
24 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 24/2/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo