Terbongkar: Sebenarnya TIADA RM90 juta 1MDB dalam akaun PAS - SPRM



KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan.

‘Siasatan SPRM setakat ni memang tidak ada kemasukan RM90 juta duit 1MDB ke dalam akaun PAS.


"Siasatan SPRM setakat ini memang tidak mendapati bahawa berlakunya kemasukan RM90 juta yang dikatakan daripada wang 1MDB ke dalam akaun PAS,’ katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada siasatan berhubung dakwaan terhadap parti pembangkang tersebut akan ditutup, Mohd Syukri enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Bahagian Siasatan SPRM untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Susulan itu beberapa individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.

Terbaharu, pada Selasa lalu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget