NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Takiyuddin: Nik Abduh tak bohong, cuma tak sahkan



Pemimpin PAS menyifatkan Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak berbohong dan sebaliknya sekadar "tidak mengesahkan" berhubung rakaman audio yang didakwa mengandungi pengakuan penerimaan dana Umno.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Nik Abduh semalam bahawa rakaman audio yang tular Mac tahun lalu itu memang miliknya.

"Dia (Nik Abduh) sebenarnya tidak bohong, tapi dalam situasi tertentu kita tak sahkan benda itu, itu saja, bukan masalah.

"Nik Abduh punya rakaman audio yang awal, dia tak kata dia sebut benda itu, tetapi dia dipetik di luar konteks, itu saja," katanya kepada media ketika ditemui di Semenyih.

Tambah Takiyuddin lagi, tindakan Nik Abduh menafikan rakaman audio itu sebelum ini merupakan strategi PAS untuk menangani pihak lawan yang cuba merosakkan imej parti.

"Dalam politik, kadang-kadang kita perlu strategi, tujuan isu RM90 juta adalah untuk merosakkan imej PAS terutamanya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Jadi dalam konteks itu, kita merupakan mangsa, kita perlu susun strategi. Sebab itu kadang-kadang kita tidak mengakui sesetengah perkara, kita cakap sebaliknya, itu bukan bohong," katanya.

Isu berhubung rakaman audio itu muncul semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk penyelesaian luar mahkamah bagi kes saman fitnah terhadap Sarawak Report.

Saman fitnah itu mempertikaikan laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada bekas presiden Umno Najib Razak bagi meraih sokongan.

Rakaman audio Nik Abduh turut terheret dalam kes saman itu sebelum ini kerana didakwa mengandungi pengakuan anggota jawatankuasa PAS pusat itu Berhubung penerimaan dana daripada Umno.

Nik Abduh sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya rakaman audio itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah. Nik Abduh mengulangi penafian itu ketika bercakap kepada media minggu lalu selepas SPRM mengambil keterangannya.

Bagaimanapun, dalam pengakuannya semalam, Nik Abduh berkata, tindakannya untuk menafikan rakaman audio itu adalah atas gesaan pemimpin PAS dan turut mendapat restu Abdul Hadi.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/464037

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo