NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM Tepok Kepala Lihat Pejabat PAS. Apa sebenarnya yang mereka lihat?

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata PAS akan menjawab tuduhan bahawa parti itu menerima dana sebanyak RM2.5 juta daripada Umno di mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang memintanya agar menjelaskan kenyataan tidak konsisten mengenai dana berkenaan.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat. Dia pergi ibu pejabat PAS, saya dimaklumkan dia tengok sendiri pejabat PAS pun rosak.

"Dia (pegawai SPRM) nak naik lif pun tak boleh, SPRM pun tepuk kepala tengok (pejabat PAS),” katanya kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra bersama komunti PAKR Sungai Kerak, Marang, malam tadi.

Ditanya mengenai sikap Clare yang dlihat masih memanjang-manjangkan isu penyelesaian saman di luar mahkamah itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak tergugat dengan isu berkenaan.

“Tak ada ancaman tu, yang ada ancaman itu dari surat khabar Pan (Amanah), bukan Clare. Saya tak tahu (itu dari) Clare sungguh atau dia buat berita.

“(PAS) tak tergugat, (kerana) Clare tak mengundi sini,” katanya.

Pada 2016, Clare menerusi portal Sarawak Report mendakwa PAS menerima wang berjumlah RM2.5 juta daripada Umno yang dipercayai sebahagian daripada dana RM90 juta.

Abdul Hadi juga menyifatkan serangan daripada Clare itu sebagai tindakan politik bagi melemahkan PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Itu tindakan politik supaya kita tak menang PRU dan kita dah menang , Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Ditanya mengenai sikap Clare yang kekal dengan pendirannya untuk tidak menarik balik artikel berkenaan, Abdul Hadi berkata kedua-dua pihak hanya bersetuju untuk menarik balik saman.

“Komen saya kita setuju peguam kedua-kedua belah pihak. Kita tarik balik saman kita dan dia pun tarik balik saman dia.

“Artikel tu nak tarik balik macam mana, orang habis baca dah. Tarik pun orang dah baca,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo