NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sokongan kepada PM demi kepentingan negara, rakyat: PAS




BANGI, 16 Jamadilakhir 1440H, Khamis – PAS hari ini menegaskan sebarang bentuk sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat tanpa sebarang muslihat, sebaliknya demi kepentingan negara dan rakyat.

Malah, segala sokongan yang diberikan PAS kepada mana-mana pihak, termasuk kepada kerajaan dan secara khusus kepada perdana menteri adalah atas dasar melaksanakan tuntutan Islam 'amar makruf nahi mungkar'.

Dalam isu desas-desus kononnya ada pihak cuba mengganggu kedudukan perdana menteri, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengulangi pendirian bahawa perkembangan yang berlaku dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan mutakhir ini, memberi gambaran wujudnya pertembungan keras dalam pimpinan PH terhadap kepimpinan Dr Mahathir.

"Di samping itu, wujud juga unsur ketidapatuhan atau 'insubordination' yang jelas terhadap polisi dan arahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Justeru, PAS tidak boleh dipersalahkan berikutan tanggapan mengenai perkara itu, malah menggesa pimpinan utama parti-parti PH sendiri memberi pencerahan, yang menjadi punca kekeliruan dan tanggapan sedemikian yang menjadi rahsia umum kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin turut menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya sokongan kepada kepimpinan Dr Mahathir bagi 'menyelamatkan' PAS daripada siasatan isu RM90 juta.

Mengulas mengenai perkara itu, Takiyuddin berkata, PAS telah memberikan sepenuhnya kerjasama kepada SPRM untuk membuat siasatan terperinci, termasuk mengarahkan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tohmahan ini memberikan kenyataan masing-masing.

"Dalam hal ini PAS yakin SPRM akan membuat dapatan mereka dalam kadar yang segera hasil siasatan yang telus, profesional dan adil," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo