NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sepanduk rasis: Pantai Hospital Sungai Petani mohon maaf


Selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak susulan mengantung sepanduk tawaran biasiswa bersifat rasis, Pantai Hospital Sungai Petani hari ini mengaku salah serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Pantai Hospital Sungai Petani menjelaskan, sepanduk berkenaan digantung oleh kakitangan hospital itu tanpa kebenaran serta menegaskan maklumat itu tidak mencerminkan nilai organisasi berkenaan.

“Kami membetulkan maklumat itu dengan serta-merta selepas menyedari kesalahan dilakukan. Kami juga bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan dan memberi jaminan perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.

“Di Pantai Hospital, kami menerima dasar pekerjaan yang adil dan tidak membiarkan sebarang amalan yang memudaratkan mana-mana kaum mahupun agama,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar sepanduk tawaran biasiswa daripada Pantai Hospital Sungai Petani bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dalam jurusan kejururawatan.

Bagaimanapun, sepanduk berkenaan menerima kecaman terutamanya daripada netizen berikutan Pantai Hospital Sungai Petani hanya memberi keutamaan kepada calon daripada kaum Cina, India, Siam serta mereka beragama Kristian.



“Keutamaan untuk orang Cina, India, Siam dan Kristian. Mana penjawatan untuk orang Melayu? Sejak bila agama Kristian dah jadi bangsa?” tulis pengguna Facebook, Sri Pramadhana Widya.

“Wow. Ini permohonan pendidikan, tetapi telah diskriminasi. Saya ingatkan berlaku ketika permohonan kerja sahaja,” tulis Syazwan Aziz.

Sementara Michelle Leda pula berkata, sudah tentu orang ramai akan memberi maklum balas berikutan kriteria yang dinyatakan di sepanduk itu ternyata salah.

“Sama ada anda tergolong dalam mana-mana kaum, selagi anda mampu, maka anda boleh mendapatkan biasiswa,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo