NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Semenyih: Johan Mohon Maaf Kepada PAS

JOHAN ABDUL AZIZ ketika berucap dalam program Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di Taman Tasik Semenyih, Semenyih, malam tadi.- UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI

BADRUL HAFIZAN MAT ISA
25 Februari 2019 8:13 AM

HULU LANGAT 25 Feb. - Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz malam tadi memohon maaf secara terbuka kepada kepemimpinan dan ahli PAS di atas perseteruan politik kedua parti itu terutama ketika beliau memimpin UMNO di kawasan tersebut.

Menurut Johan, demi perpaduan ummah, segala sengketa kedua perlu dihentikan dan kerjasama UMNO dan Pas adalah perlu diteruskan. 

"Sejarahnya, saya merupakan Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat akhirnya Allah mengangkat saya menjadi Ketua UMNO bahagian. Lama kita berselisih faham, apabila pilihan raya malah bermakian sesama sendiri.

"Jadi malam yang bersejarah ini, saya ingin melafazkan dan menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua warga PAS jika ada salah dan tutur kata selama ini," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di Taman Tasik Semenyih, di sini, malam tadi. 

Yang hadir sama Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi. 

Johan yang juga merupakan bekas ADUN Semenyih juga menganggap, kerjasama yang sedang dibentuk di antara UMNO dan PAS ketika ini merupakan rahmat Allah kepada masyarakat Islam di negara ini. 

"Jadi saya harapkan kerjasama ini kita teruskan, kita pedulikanlah apa yang diluar sana mahu kata di atas kerjasama ini termasuklah berkaitan isu RM90 juta. Ini merupakan fitnah yang cukup besar dilakukan orang tidak bertanggungjawab. 

"Jadi pedulikanlah, biarlah mereka menjawab di sana. Bagi saya dengan keikhlasan kita bersama ini marilah diteruskan, demi agama dan bangsa kita," katanya.-UTUSAN ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo