NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Semenyih: Ada akar umbi mahu calon dari PKR



SHAH ALAM - Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari mendedahkan bahawa terdapat suara di peringkat akar umbi yang mahukan kepimpinan parti untuk memilih calon dari PKR bagi bertanding dalam PRK Dun Semenyih pada 2 Mac depan.

Menurut beliau, buat masa ini, PH Selangor memutuskan untuk mengekalkan status quo di mana kerusi tersebut diperuntukkan buat Parti Bersatu untuk meletakkan calon mereka.

Namun begitu, beliau berkata pihaknya menyerahkan urusan mengenai pemilihan calon tersebut kepada kepimpinan di peringkat pusat melalui Mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan bersidang selepas ini.

"Bagi saya apa yang penting bukan soal parti mana yang bertanding namun apa yang mustahak semua kena bekerja untuk memastikan kemenangan PH di kerusi tersebut,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Bersatu Selangor memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti senarai calon untuk bertanding pada PRK Dun Semenyih nanti untuk diserahkan kepada kepimpinan pusat bagi dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan pihaknya juga akan mengadakan taklimat dalam masa terdekat dengan menggabungkan semua parti kompenan PH bagi membuat persiapan jentera parti.

"Kita sentiasa bersiap-sedia jika berlaku perubahan dasar di peringkat pusat melibatkan parti yang bertanding dan sebagainya.

"Namun apa pun, kita sebelum ini telah setuju untuk bergerak di atas nama PH bagi memastikan kemenangan di sana,"katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo