Polis tahan tiga lelaki pasang peranti penggodam di ATM

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas dipercayai memasang alat peranti penggodam di sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata mereka yang berumur 30, 33 dan 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan mesin ATM terbabit.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lima anggota unit rondaan bermotosikal (URB) Balai Polis Tun HS Lee membuat pemeriksaan di sebuah mesin ATM dan mendapati terdapat alat mencurigakan di atas ruangan 'keypad' (papan kekunci) dan ruangan untuk memasukkan kad.

"Hasil pemeriksaan mendapati peranti itu merupakan satu unit komponen pengimbas kad kredit atau debit yang dilekatkan pada ruangan masuk kad.

"Satu lagi adalah alat perakam video yang dilekatkan pada ruangan atas keypad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget