Pertembungan Anwar - Mahathir 2 0?


Oleh: Che Gu Bard 

Semalam saya menulis panjang mengenai move kem Mahathir yang Anwar harus memberikan perhatian dan bergerak segera .... klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2123853491034866&id=105728476180721

Ratusan masej melalui whats app dan pesanan terus melalui fB diterima bertanya itu ini termasuk dari wartawan... namun kebanyakanya saya tidak respon... 

Hari ini saya nak tulis faktor yang menolak kem Mahathir untuk move itu ... ia juga berpunca dari move kem Anwar sendiri... selain dari tak dinafikan punca ramai orang keliling Mahathir tidak mahu Anwar menjadi PM.

Mulanya izinkan saya pulang paku buah keras... saya sudah sebut sejak dari awal mengenai Mahathir dan orang orangnya tidak pernah melupakan "sejarah" Anwar... namun Anwar sendiri mengatakan ia luka kecil tak tahulah keghairahan itu datangnya dari nasihat siapa. Saya sangat konsisten perihal ini sehingga dalam PRU lepas saya dan kawan kawan mengambil sikap Bn perlu tumbang tetapi Mahathir perlu kalah. Saya difitnah komonya dibayar Najib melalui Habibur Rahman... takpalah itu bila tiba masa sesuai saya jawab secara terperinci... 

Anwar sendiri telah ambil keputusan mahu kerjasama dengan Mahathir... malah ketika saat genting Istana membuka pintu untuk Azizah masuk dan kemungkinan tinggi untuk angkat sumpah jadi PM malangnya ketika itu panglima boboi Anwar sendiri pastikan Azizah tidak masuk sendirian sebaliknya perlu ditemani Kit Siang untuk pastikan Mahathir yang jadi PM bukan Azizah kerana jika Azizah jadi PM ketika itu Azmin akan dapat tempat selesa maka dia akan tertinggal jauh. Kononya dia perlu masa untuk "mengerjakan" Azmin sebelum Anwar menjadi PM.

Takpalah abaikan sahaja perkara itu... 

Saya ingin menulis sedikit mengenai faktor pendorong move kem Mahathir yang saya tulis semalam...

Perkara ni juga berpunca dari move Anwar sendiri

1. Dia lantik Nazri Aziz utk head count mp umno sokong dia dan Anwar percaya sedangkan agennya main dua kolam...

2. Dia lepaskan bbrp hero dia untuk membelasah mahathir spt dollah sani dan rafizi... nak bertanding dalam parti tapi yang diserang pengerusi parti komponen PH yang lain.

3. Dia hantar dollah sani jumpa najib to deal sokongan ... 

4. Dia susun ahli korporat anti Mahathir keliling dia... 

5. Anwar banyak kali curi "lime light" Mahathir...

6. dalam bersatu memang ada sedikit retak antara kem Mahathir dan kem Muhyiddin... kem Muhyiddin menyasarkan gerakan dengan menyekat pengaruh Daim... "cap tangan" kem Anwar Ibrahim juga dikesan berhubung dengan Muhyiddin dalam perihal ini... ini juga dilihat sangat tidak sihat kerana tak menguntungkan pun kerana jelas Muhyiddin nak jadi Pm dan Anwar nak jadi Pm maka pertembungan kepentingan sangat jelas.

Rafizi pula kini sedang merajuk dengan Anwar kerana satu pasal lantikan Ketua MPN Perak dan yang kedua pasal deal dengan Najib. Bila Rafizi tahu Anwar hantar "agen" jumpa deal dengan Najib dia marah terus buat kenyataan "Najib jangan mimpi nak jadi PM semula" namun bagi saya bukan isunya dia tak suka Najib cuma dia marah Anwar tak melaluo dia... Rafizi ni kalau dia boleh kawal semua maka dia akan rasa ok.....

Anwar masih boleh jadi PM....Ya ... .... caranya Anwar kena stop semua tu dan follow Mahathir...

Suka atau tidak kamu dah jadikan Mahathir PM maka kamu kena berurusan dengan baik dalam hal ini... 

Anwar bukanya ke Turki, India atau Eropah sendirian sepatutnya Anwar bantu Mahathir susun network luar negara... Mahathir dah tua dia cepat terasa hati dan Mahathir yg tua juga mudah dipujuk... tapi bukan kata Mahathir yang tua siapa pun jika mengesan penggantinya membuat move awal pasti akan bertindak....

Org keliling Mahathir ramai anti Anwar maka mereka ambil kesempatan jika Mahathir terasa hati.... 

Anwar kena tahu move dia banyak bocor ... malah "minit" tulisan tangan dia mengira sokongan dalam parlimen ketika diskusi "sulit" juga terlepas ke luar.... move pindaan 

Move undi tak percaya bulan Mac / April ini orang Anwar sendiri bincangkan secara terbuka... maka Anwar ada pilihan... move dengan bersungguh sungguh pastikan berjaya atau stop semua dan ikut Mahathir dengan setia... 

Satu lagi Anwar kena jadi Anwar yang bijak menyatukan dan menyusun orang orangnya ..... berhenti melebel orang sendiri dengan label label negatif... anggaplah semua aset kamu... jangan beri orang kawal kamu tapi kamu kena kawal orang kamu....

Namun jauh lebih penting semua duduk menyusun politik sebegini maka bagaimana dengan rakyat yang makin terhimpit.... 😭😭😭😭😭

Nota : jaga juga pergaulan... jangan sampai budak lelaki ada video lucah dalam internet pun boleh muncul bersama Anwar...


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget